Sunday, October 21, 2007

Aku sudah pulang dari kampung... and back to work!

Haluuuu... i'm back!... gile lama cuti.. seminggu beb!..
Tangan da gatal nak gune internet.. menggigil nih mcm ketagih benda je

Hurnnnffff...!! Aahhhh!!... (bunyi Nafas) hehe..
Bernafas kembali!... nantikan story mory dr aku yerkk!

Yeayyy!!

Wednesday, October 10, 2007

::Balik Kampung::

Esok, lepas kerja. Macam biasa siap packing2 untuk pulang ke kampung halaman ku!
Yey, tak sabar pula aku nak ke kuala pilah...
Nenek! kami akan pulang ke kampung...

YahooO!!...

"ooOOO balik kampung..
ooOOo balik kampung!..
hati girang!...."

petikkan lagu dari Allayarham Sudirman...

Monday, October 8, 2007

::Aku tak suka mimpi nih..::

Aku tak ingat aku berada di mana.. seolah2 seperti berada di kawasan rumah aku...
Suasana bising.. rupanya.. Sedara mara aku datang.
Keadaan waktu itu meriah sekali. Aku bole lihat suasana itu seperti kenduri or mcm event.. i'm not sure!..
Aku nampak cousin aku, adik aku.. mak aku.. seolah2 kecoh macam ada kenduri kawin..
Tapi, keadaan aku takde seolah2 aku berkahwin or whateva.. maybe sambut raya kot.??..
Sedang aku lihat gelagat2 sedara mara aku...

"Ring..ring" aku terdengar bunyi hp aku berbunyi....
"Hello" aku berkata...
"Rina, ni akak Ina nih, akak pejal"... suara sayup tak kedengaran...
"Sapa?" aku kata lagi...
"Akak Ina ni.. akak pejal" .. kelihatan jelas suaranya.
Aku menjawab.. "owhh, haa Kak ina..kenapa eh"
"akak nak bitau ..pasal pejal.."
"Kenapa ngan pejal kak? aku tanye lagi.
"Pejal...pejal dah takde! Dia da meninggal dunia pagi tadi"
"Apaaa kak?? pejal da takde!!!???" Aku tergamam mendengar berita itu.

Aku meraung sekuat ati.. aku menangis tak hirau kiri kanan lagi dah..
Badan aku longlai tak bermaya, Aku nangis sekuat ati.. sampai org pegang aku..
Semua tanye kenapa.. tapi aku dah tak hirau apa org tanye.. aku menangis...

"Kak Ina, camne pejal leh meninggal? die sakit ke apa?... aku tanye lagi

Tapi akak dia takleh nak berkata..sebab dia pun menangis tak henti2
Aku paksa lagi akak dia suh bagitau kenapa...bagaimana...
Baru akak dia bitau yang pejal meninggal semasa dia dalam keadaan tidur, die tercekik something...
Aku tak brapa jelas apa yang di kata oleh akak dia.. samar2.
Aku terus lepaskan hp aku... rasa nak pitam...
Aku ternampak mak aku dtg ke arah aku.. suh bawak bersabar sambil mak aku berkata
"Sian ko na, Korang baru je nak kawin.. faizal plak pegi dulu"
Aku dengar mak aku cakap camtu.. lagi kuat aku menangis.
Cousin aku pula berkata "syg la long, korang elok je berdua.. da nak kawin pun .. tp dier da pegi dulu.. saba la long... tuhan syg die lagi"

Aku nangis sampai ckp dengan cousin aku.. "aku mcm tak caya je dgr berita ni.. padahal baru smlm aku hantar die kat opis .. itulah kali terakhir aku jumpe dia..die plak lambai kat aku mcm die nak pegi je..."

Aku terus pegi jumpa mak aku...aku menyatakan hasrat untuk datang kluang. Aku nak ziarah kuburnya walaupun tak sempat tengok jenazahnya.. Tapi aku tetap hendak ke sana.

Mak aku bagi green light.. suruh guna kereta dia untuk ke sana. Aku drive all the way.. tapi heran..
Kalu nak ke kluang tu 4 jam.. tapi kali ini rasa lain gile. Rasa dekat plak nak ke sana. Tak sampai 2 jam.

Dan sampai di rumahnya.. aku jumpa family dia.. mereka semua nangis.. aku juga turut menangis..
Aku jumpa kakak nya suruh dia tunjukkan pusara arwah itu... dan selepas ituuu....

"Reen!!!... Banguunnn!"
Aku tersentak.. terus hilang segala rupa akak nya dan tak sempat juga aku menziarah kubur...

Pap!... rasa gegaran otak terasa macam nak meletop kepala otak bile di sentak begitu.
Aku sedar dan tak sedar... tapi aku menangis.. aku menangis bile terkenangkan mimpi yang aku alami itu.
Air mata bercurah2 ketika mata aku masih pejam untuk tidak membuka mata...

"Weh long, weiii.. bangun.. ko ni kenapa tiba2 nangis ni??" kata adik aku..
Aku terus tersentak bangun.. "Astafirulllah halazim..."
Sambil aku mengucap.. air mata terus mengalir lagi.. hati aku seolah terasa sedih sangat..

"Ya Allah, aku bermimpi rupanya" Terus aku teringat air muka tunang aku...
Dan aku baring semula... dan masih mengalir air mata aku...

Bila aku ondaway ke office.. aku tidak sabar nak chat ngan laki aku... nak bitau kat dia..
Betapa aku menyintai dia... aku sayang dia sampai bila2...

Bila online aku terus cakap kat die "bang!!..i love you!.. i syg u sgt2!"
Tunang aku pelik bila aku ckp camtu...
Then aku cerita the whole story apa yang aku mimpi tadi..
Dan dia berkata pada aku "dont worry syg... i pun syg u ok.. dont wori k.. i'm ok"
Lega bile dia online... tapi sampai sekarang aku rasa sedih tu...

Aku benci mimpi camtu... nanti jadi camnila... sedih je...

Arini tunang aku pulang ke kampung.. hopefully dia selamat sampai ke kluang
Aku doakan keselamatan dia.. and i gonna miss u.. uhuuukkk...

::Happy Birthday Jamy::

Haa.. hari ini dengan julung kalinya.. tak pernah2 aku tiba2 teringat besday si minah ni.. iaitu team mate aku.. nama nye ialah JAMY... haha.. Akhirnya aku berjaya menghantar sms pada Jamy lepas sahur.. sbb sedang aku duduk rilek kekenyangan.. aku terfikir, "eh harini 8/10/07.. aku mcm ingat je date ni.. tapi ada event apa eh?" aku tertanya dalam hati... "atau harini besday seseorang yang aku duk remind dari last friday aritu?..maybe..tapi sapa?" aku berbisik...

TAP!... "haaaaaaa... besday jamy rupanya.. haha.. aku da ingat!".. dengan sepantas kilat aku mengambil hp aku. (New Message + Taip + Wish Birthday = Send) haha...

Aku menunggu dia reply tetapi aku tau.. sudah tentu die sedang bermimpi di kamar tidor nye..

"Hai jamy, tau la besday ko.. punya syok tido sampai tak reply msg aku ka?"


Dan aku teringat.. owh patut la.. sudah pukul 5.19am.. mmg sah2 la die sudah ...zZZzzzz...
Hehehe. So.. aku pun send die sms begini "Yo Bomba!, Happy Birthday!, May god bless u & Happy Always! Its ur day! Yehaa...! So umur makin meningkat, jadi lekas2 la cari pakwe ye!..hahah ADIOS!" Well, mesti dia duk ke ketawa sorang2 tgk sms aku dengan ati yang ceria kot.. hehe.. tapi apa2 pun..

Selamat Hari Jadi weh jamy!... Semoga apa jua planning anda.. or cita2 anda akan tertunai!.. yeah!...

Friday, October 5, 2007

E'en... ko tagged aku! Dayeemm!

Ok.. aku actually tak suka melistkan segala barangan aku kat sini.
Tapi akibat si E'en ni tagged aku.. (cam harem!)
TERpaksa la aku meLISTkan nye... ampeh!... Aku jawab dalam ROJAK eh..
Hehehe..... Ko siap E'en!

5 things I have in my huge-ass black bag

1. Wallet murah, tapi dah koyak rabak!..(kena beli baru)
2. Dua Pen Drive, 584MB & 2 Gig & CD Software
3. Dompet syiling dari Indon (tiong bagi)
4. My Hp Motorola E398
5. Note Book untuk list barang2 kawin & etc...


5 things in my wallet
1. RM101.00 Cash
2. Cards - RHB ATM, Southern Bank ATM, AAM RESCUE Care, I/C, Lesen Kereta, Bonuslink, Hinode Shop (Friendly Card), Big Bookshop Card, Seng Heng (Plus One), Maya Card, Aussino Membership Card, Express Card (AEON) & Celebrity Fitness (skarang dah benti da..hehe)
3. Receipts - CIMB Bank Cash Deposit, 1st World Hotel (Genting Highland Resit),
4. Pictures - Faizal Passport Pic & Me with Faizal
5. Business Cards - My Dad Buss.Card, My Staff @ Office Buss. Card, dan etc... (byk sgt)


5 things in my favourite room
1. My Radio (HiFi)
2. Dark Chocolate queen-sized bed
3. Beg futsal & Bag Pack
4. Koleksi Perfumes (My fave perfume Ralph Lauren)
5. Photo Album


Five things I would like to do
1. Kumpul duit nak kawin bulan depan
2. Kena study banyak bab masak besh2 (sok kawin my fiance kuat makan)
3. Tak sabar pegi honeymoon with my becoming husband to TIOMAN! yeah!
4. Learns more about Photography, Insyallah tahun depan ada rezeki beli kamera baru (My NIKON)
5. Dah lepas semua kawin everything, baru pikir nak beli kereta.


Five things I'm currently on
1) Tak sabar nak amik baju raya minggu depan (tempah jahit)
2) Sabtu ni nak buka posa ngan my family at Pizza Hut.. Yummy!
3) Malam ni last main futsal.. coz minggu depan dah RAYA..yey!
4) Nak siapkan artwork kad kawin my friend tempah design kat aku.. so i have to finish it before raya...
5) Macam biasa, lepak tengok Astro Channels... America's Next Top Models!! .. hehe

Ok E'en, I'm DONE!.. puas ati? hehe..
Well, my next victim, i'm tagging... JAMY & FAHMI (fakapunch)
Haha.. jamy & fahmi, ko kena listkan ye.. jgn byk reason ye...

Monday, October 1, 2007


[*] 10 Hari Lagi Nak Raya! yey! [*]

Alhamdulillah, selama 2 minggu lebih aku berpuasa, sedar2 ada 10 hari lagi nak raya.
Persiapan aku untuk raya tahun ni, ermm.. takde la voque la divass.. hehe.. ala kadara je
Raya tahun ni aku tak rasa nak beraya sakan. Baju raya pun aku beli sehelai, lagi 2 helai aku tempah jahit je. Gune kain ela beberapa tahun yang lepas. Aku pun tak ingat bile aku beli kain tu.. hehe.. lagi satu kain tu kawan aku bg masa besday aku yang ke 20 tahun tak silap aku.. uwaa.. kalu kawan baik aku tau aku tak gune kain dia wat baju.. hangin dia.. hehe.. "sori nor, aku malas tul nak anto kedai jahit!..hehe"

So, tahun ni baju raya aku ada 3 helai yang kain nye takde la segelamer artis.. ada blings2 kelip2 sana sini ok... hehe. Baju aku cukup simple dan tiga2 baju tu semua aku buat baju kurung. Takde da kain glamer.. Dan tahun ini juga..
mak aku pun tak buat kuih raya.. masing2 bz ngan kerja. Adeh, rindu plak saat2 buat kuih raya dulu. Sibuk nak adun tepung, nak buat biskut badam, biskut kacang, biskut coklat chip, biskut almond london.. hehe teringat aku masa buat biskut tu... tgk coklat die yang baru lepas masak, die punya cair tu mengiurkan aku.. adoi, sedapnya.. rasa nak aku tonggang je coklat tu.. yum..yum.. hehe. Tapi sayang, this year..no cookies2 for raya.. kuih tunjuk je ada.. hehe nak wat camne. Masing2 mcm takde minat nak buat kuih raya tak seperti dulu kala... haihh...!

Dan kenapa aku rasa mood untuk raya tahun ni tidak seperti tahun2 yang lepas.. sebab aku terkenangkan arwah atuk aku. Arini 2 Oct, dah 2 bulan arwah atuk meninggalkan kami. Aku teringat cerita mak aku masa sahur semalam.. kisah nenek aku. Mak aku cerita sambil perasaan hiba juga.. nak taknak.. mengalir juga air mata mak aku sambil menceritakan kisah nenek aku. Mak aku cerita, beberapa hari yang lepas, mak aku call nenek aku, cerita pasal raya tahun ni. Nak sambut bagaimana, anak2 semua nak kena pulang awal sehari sblom raya dan sebagainya. Dengan suara lemah nenek aku kata, tahun ni nenek aku tak rasa nak sambut raya...kalu bole takyah buat lemang or ketupat. Tapi mak aku membantah, mak aku tetap nak buat ketupat.. tapi guna yang instant la.. kalu nak anyam ketupat.. memang adik beradik mak aku tak tau sempat buat ke tak.. Kalau tak dulu masa arwah atuk aku ada, dia lah yang membuat ketupat dan nenek tukang bantu dia. Mungkin nenek aku da tak punya perasaan untuk sambut raya. Maybe dia teringatkan arwah atuk aku. Nenek aku kata, lepas ni raya nenek aku takmo raya kat kampung. Nenek aku nak raya tempat lain.. nak raya jauh2. Mak aku dengan sedih dengan statement nenek aku kata camtu. Aku juga turut rasa sedih, aku sudah mula merasai kekurangan raya tahun ni. Bukan sahaja arwah atuk aku, malah arwah auntie nora juga turut tiada. (Isk..isk.. rasa nak mengalir air mata je ni)

Mak aku turut bagitau, yang pak teh aku di kampung berbuka puasa dengan nenek aku pada hari pertama puasa...
pak teh beritahu, nenek aku menangis pada hari pertama bebuka puasa, lebih2 lagi kebetulan pula pak teh aku beli kuih kegemaran arwah atuk aku pula... lagi la hiba nenek aku. Pakteh aku kata.. dia juga rasa nak menangis tengok nenek aku menangis... last2 semua menangis masa berbuka puasa tu. Aduhh.. hiba aku mendengar mak aku cerita, mak aku turut mengalir kan airmata bile ceritakan kisah nenek aku. Mak aku kata, nenek aku tak punya sedara mara.. dia hanya sorang2 je. No wonderla nenek aku hiba sebab insan yang selalu menemani dia di pagi syawal dah tentu atuk.. tapi...haihh!. ("Nenek, walaupun cucu nenek semua ada di pagi syawal, ina tau, nenek tetap sunyi tanpa atuk")

Dan aku tidak sabar hendak menziarah kubur arwah atuk n auntie nora. Aku dapat merasakan, kemungkinan waktu itu, nenek aku mesti menangis. Apapun.. aku akan cuba menemani dia agar dia rasa tidak sunyi pada pagi syawal nanti.

"Aku rasa nak nangis ni... adoi.. tak baik nangis time tengah puasa ni.. makruh laa.. adoi"

"Buat kengkawan semua... Sempena raya menjelang tiba ni, Aku ingin menyusun 10 jari jika aku pernah terkasar bahasa, terguris hati Ampun maaf di pinta. Bulan yang mulia seharusnya bermaafan sesama sendiri Dan jika aku ada terhutang apa2, halal kan makan minum aku. Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf dan Zahir yer...! Batin2 takde tau! Jika ada kelapangan.. datang le kerumah aku ye... hehe"