Wednesday, April 27, 2011

M.E.D Restaurant ... thanks Groupsmore!

Ok, sekali lagi aku pergi makan2 bersama my lovely family. This time, aku menggunakan voucher groupsmore yang aku beli bulan january tak silap aku. Dan ternyata sangat2 la berbaloi. Memandangkan voucher aku akan expired 2 May ni. So, utk tidak membuatkan aku lupa dgn voucher ini, aku plan with my hubby utk makan2 pada weekend (Saturday).

Aku beli voucher dr Groupsmore dengan offer makan kebab di Restaurant M.E.D, aku tak pernah jejak tempat ni dan memang aku jadi blur bila sampai di sana. So, aku tunjukkan voucher pada waiter tu dan menghantar minuman soft drink pada kami. Dengan Owner(Boss) dia yang sangat peramah, dia membuatkan Kebab itu utk kami. Wah, so lucky la youuuu!.. hehe. Kami makan Kebab Lamb + Salad + Fries. Serius, kebabnya sangat sedap.. dan portionnya agak besar juga. Susah juga aku nak makan. So, aku takmo nk cite2 panjang dalam ni, nnt ada org tu lapo kan... aku post picture je la eh. Dengan mengguna effect Iphone aku. Mmg nampok sedap la! hehehe






Thanks Groupsmore!... next aku nak beli lagi voucher2 kalu groupsmore ada buat offer pasal makan2 ni.. sgt2 berbaloi!

Thursday, April 21, 2011

sometime..i miss my job!

Aku tak tahu kenapa tiba2 rasa aku mula merindui zaman2 kerja aku waktu dulu. Adakah aku masih belom bersedia untuk Hands Down...?? maybe hanya pada mulut aku aje...tapi dalam hati aku masih merinduinya.

Kadang2 aku terbaca status2 kawan aku yg memulakan pekerjaannya selepas give birth, dia dapat kerja same position yang aku penah buat kerja2 suatu ketika dulu. Terasa terfikir sejenak, betapa Losernya aku hanya mulut ini untuk pretend yang aku mmg dah takmo ambil tau pasal kerja. Tapi ternyata, aku tak bole hide it. Oh god, adakah masih ada pintu rezeki utk aku jika aku kembali menjawat jawatan aku suatu ketika dulu?

Bila aku melihat keadaan family aku, ya.. aku masih di perlukan utk membantu laki aku. Walaupun dia sudah bergaji besar. Tapi, mampukah dia utk menyara aku dan anak aku utk menyara makan minum kami? pakaian kami? keperluan kami? Kadang2 ingin merasa juga duit sendiri utk menyimpan dan membantu dia. Tapi apakah daya aku? Aku masih tak mampu.

Aku akui, aku mempunyai pengalaman yang bertahun2 banyaknya. Tidak mustahil jika aku memohonnya, insyaallah masih ada peluang itu. Tapi aku sendiri yang tak bersedia utk mengambil peluang itu. Aku pikir diri aku ni belom cukup perfect utk memegang jawatan dan gaji yang besar. Aku bukan la seorang yang perfect. Haihhh....

Ya!, aku akui.. aku merindui kerja2 ku.. maybe itulah passion aku since aku sekolah lagi. Malah aku tak mampu utk menerima kerja2 lain kerana aku sudah kuncikan minda aku utk focus pada Graphic... aku dulu adalah seorang Graphic Designer cum DTP Artist. Katakan sahaja Photoshop? Illustrator? In design? semua berada dalam skill aku. Bukan nak bangga tapi itulah pengalaman bertahun2 aku masih mampu ingat semua walaupun sudah 2 dekad aku meninggalkan jawatan itu. 

Even aku cuba utk menjadi seorang kerani? akauntan? Admin? semua itu aku tak mampu... aku bukan yang terbaik!...

Jadi...? Apa yang harus aku mampu lakukan? .... hurrrmmm?...

Monday, April 18, 2011

Migrain oh Migrain...

Pagi tadi aku kena Migrain dgn teruk skali. Serius, dlm seumur hidup tak penah rasa sakit kepala yang terlampau yg amat2 sgt.. Dah la dia serang kol 5am, berdenyut kepala aku di watnye. Aku makan la ubat panadol aktive fast pun tak jalan gak. Lepas makan ubat try nak baring lagi makin kuat kepala aku sakit.. terasa macam nak muntah..tapi tak jadik plak. Aku letak la minyak angin sapu2la kat kepala. Still sakit lagi. Shits.. bile nak tido nih?? Aku try paksakan diri aku utk tido, akhirnya dpt gak aku tido, tapi ia sakit lagi... aku terjaga kali ini mmg melampau2 sakitnya.. aku duk depan kipas angin sbb badan aku berpeluh2 mcm org bersenam even aku ada pasang aircond ok!. 

Aku ckp, ini takleh jadi ni, aku bangun amik air masak buh dlm bekas air.. aku minum sepanjang tak tido tu. Aku tgk jam dah kol 5.45am dah.. shits, ingat tido lama tadi.. rupanya sekejap. Aku try baring2 dan aku tertido juga, kali ini aku tersentap sbb terdgr jam loceng berbunyi dgn kuat pukul 6.45am?? arrghh sapa plak set jam awal ni? Skali dia tangkap lagi kepala aku sakit masih continue, aku kejutkan laki aku suh tgk jam tu.. then aku try utk lelapkan mata. Dan tibe2 aku tersentap bangun kepala aku makin sakit dan terasa la nak muntah. Aku berlari ke toilet.. hamik! aku muntah dgn teruk skali. Aku muntah sampai darah2 semua kuar ok!.. aku panggil laki aku suh tgk.. dia pun terkejut. Aku dah tak bermaya nak berdiri terasa lemah tp aku cuba gagahkan diri gak utk siapkan baju2 laki aku utk gosok dan buat minuman utk dia. 

Lepas laki aku pegi keja, aku cuba sambung tido dan aku terlelap sampai la kol 10am, aku terdengar suara budak tgh kejutkan aku. Aku bangun, aku bajet ingat dah ilang la sakit. But ternyata tak hilang. Masih berdenyut. Aku takleh fikir apa dah. Aku bangun gagahkan diri utk buat susu utk anak aku. Aku cuba nak makan, tapi aku tak lalu kerana kepala aku terlalu sakit. Dan kejadian muntah2 pun turut berlanjutan. Aku ckp pada diri aku, kalu mcm ni aku kena pegi rumah mak aku, kalu aku duk umah ni semua benda aku takleh buat. Nak tido kompom anak aku tak bagi tido. Aku cuba siap2kan diri dan barang2 utk harith. Dengan harith tak mandi semua, aku mandi siram2 badan aku akibat peluh yg melampau. Akhirnya, aku berjaya kuar rumah dgn kepala aku masih berdenyut2. Nak drive pun rasa nak muntah ok!.. Aku nekadkan diri utk drive ke rumah mak aku.. nasib la dekat.. 5min je sampai.

Mak aku terkejut tgk aku sampai je terus rebahkan diri di sofa. Aku explain keadaan aku. Mak aku suh aku rest dalam bilik bawah. Dgn tak pikir apa dah, aku terus boom! tido... kejap bangun kejap tido, serius mcm org gile aku di watnye. Mak aku uruskan harith makan minum dia. Fuhhh gile, kalu aku still continue duk rumah, kelaparan anak aku agknye. Perut aku kosong gile, apa breakfast semua aku tak telan lagi. Aku layankan kepala aku tuk tido. Ternyata aku dah mcm org ilang tenaga. Mak aku kejutkan aku suh makan tgk jam dah kol 3pm.. apa! 3 dah?? wahh lama nye aku tido. Aku try makan, tp aku tak lalu. kepala aku mula kembalu menyerang. Aku jadi risau, apa kena ngan aku ni, migrain ke apa ni? Aku cuba utk lawan tidak muntah.. dan berjaya.. sbb aku baru telan nasi. risau nnt kuar balik.. rugi je isi perut. 

Laki aku skejap2 call kejap2 call tanye keadaan aku. Aku tak berdaya nak angkat fon sampai satu tahap aku rasa mcm mimpi je bunyi telefon ni. Sedar2 mak aku kejut bg fon die kata laki aku call, laki aku tanye nak gi klinik tak jap lagi? bole plak die tanye eh.. aku dah tak bermaya gile nk bangun.. kompom la nk gi klinik.. adoi!.. haha.. 
Mak aku masuk bilik try kejutkan aku.. aku tgk jam dah kol 6pm lebih rupanya. Masyallah lamanye aku tido.. tp kali ini kepala aku dah kurang sakit. tp masih dpt rasa denyutan skit2. Aku try gagahkan diri utk bangun dan minum, terasa tekak ku kering. Aku minum air masak tgk jam dah kol 7pm lebih dah.. tgk2 laki aku pun sampai umah. Terus kami gegar ke klinik. Dapat jumpe doktor, aku explain satu2 pasal sakit aku. Dan doktor bg result kata aku kena Migrain. Cek blood preasure, Normal takder blood preasure. Alhamdulillah.
Hamik.. kena makan ubat segala.. Migrain+tahan muntah+selsema+batuk... haih.. kompom satu masalah utk aku makan ubat.. hahahah aku benci ubat k!..

So, ini lah dia.. penyakit aku yg mmg takleh ilang dr dulu Sakit Kepala.. skang aku ikut jejak mcm mak aku.. penyakit Migrain!.. serius once dah sakit... apa semua benda pun ko takleh buat la... hehehe

Friday, April 15, 2011

Ko ni sapa eh?

Aku dah perasan dari beberapa month ago, sejak aku buh gadget Traffic Feed ni.. aku ada perasan kunjungan dari sapa ntah benda ni.. Aku menjadi tanda tanye.. org ni mmg rajin dtg ke blog2 org ke?.. or somebody create Spammers untuk visit ke blog2 org?

Aku cume jejaki dia.. tapi tak dpt.. hurmm confirm die ni SPAM.. aku ada visit rakan2 aku punye blog dan aku ada prasan DIA ada dalam traffic feed visit dlm blog rakan2 aku... Dan hari ni.. aku cube cek traffic feed.. wah mmg byk list nama dia je. KO NI PENGENDAP nk musnahkan blog org ke??

Nak kata dia baca blog kite.. macam ler paham kite berbahasa melayu dlm ni... MENATANG ni dr USA ni.. dasattt kalu dia pandai baca.. hahaha...

To all my friends, just watchout la eh.. i dunno what should i call .. but i think this is SPAMMER.. careful with ur blogs.. takut2 nnt die hack ko punye blog.. langsung takleh bukak korang punye blogs.

Ni dia nama dia ---> A visitor from Cheyenne, Wyoming

Oh! Redang.. We gonna miss u... (PART 2)

Ok ini sambungan cite or lebih senang letak gambar la pada sambungan Oh! Redang..We gonna miss u (Part 1) ... Aku pick the best pic je yg aku rasa ok kot.. byk nk buh dlm blog ni. ahaha.. enjoy!

;-)

Wednesday, April 13, 2011

Dedicated to My Abah...

 Selamat Ulangtahun yg Ke-56thn Abah!
Kami semua doakan kesejahteraan Abah dan juga
mendoakan semoga Allah SWT pjgkan umur Abah
Amin!..

Tahun berganti tahun... 
umur berganti umur... 
dengan kehadrat illahi.. 
Allah masih pjgkan umur Abah... 
Amin..

Semoga Allah berikan kekuatan 
dan kesejahteraan pada Abah
untuk berubah ke arah hidup 
yg lebih cerah dan sempurna
Moga dgn petunjukNya dan 
Doa2 kami termakbul lah hendaknya... 
Amin... 


From Us - 
Ina, Faizal, Ereen, Harith Mikhail dan Mak.

Saturday, April 9, 2011

I really want this.. ;-(

Aku moody arini ok.
Aku nak sangat2..
Tapi apa daya aku, ini semua kuasa tuhan.
Dia yang menentukan sama ada aku layak atau tidak
Aku cemburu semua org memiliki nya hingga lebih dari satu,
Aku.. masih satu... 

Haiihh... aku dapat tau arini jawapannya adalah tidak
Ternyata aku kena cuba lagi... huhu

I reallyyyy want this ok!!... :-(
Terlalu mahukannyaaa... uhuhu..
Sedeynye!

Thursday, April 7, 2011

Yeay! Jom Smisshh, My Friend!

Yes! good news to my friends.. and to me also. Hahaha.. Ok after i checking my mail, theres a one mail from groupon (Groupsmore) they're offer something bout Badminton Rental. I was like.. OMG, hopefully this one gonna be more cheaper than Protech Court, Endah Parade.. So, when i open and read it.. seriously this is fucking cheaper ok! 2hr just RM15, with no minimum and no maximum person, can come whatever ur day u can pick, i mean.. weekend or weekdays.. No expired date that for sure!!..are u kidding!!

After that, with my excited feeling. I post my status at the Facebook and tagged to my friends .. yeah who else, Jamy n Fara. Just wanna inform for the good news. Hahaha what happen to them.. well, theres no body who can say NO!.. of coz YES! baby!.. orait.. after they give the green light. I straight away bought the voucher for RM10 only.. because groupsmore give me already RM5 tokens for inviting my friends to join Groupsmore before... and tell u what.. its DONE!! so, the best is, i get back RM2 tokens for using RM5 token to purchase any voucher.. yehaaa... hahaha.. cant wait to play... yeeeppyyyy!!


Thank you to Groupsmore for the great offer and.. i love GROUPSMORE.. hahaha!

Wednesday, April 6, 2011

Dominos mmg terbaik!



Today my lunch at 3pm.. hehe i'm order using Dominos Website.. and the best is.. i dont need to standby my money in my pocket/wallet to order this pizza. I'm using webcash and easy to pay for dominos pizza bill.

Mostly, everytime we order delivery fast food. U have to prepared ur cash with exactly amount that u have to pay. Because theres many time i always arguing with the deliver, they didn't bring extra cash to return my balance cash. So, with using webcash..i just have to top up like u use debit card. Then u need to reload ur acc everytime when u use ur cash in webcash acc. Register Free no need to paid. 

Ok back to main story. I order Pizza Meet Mania and Chocolate Lava Cake. Yeahh delicious ok!... u can see chocolate melt inside the cake.. awesome.. hehehe...

So enjoy the photos.. while u're watching.. i already finish my desert & pizza.. hahahahah... so meannn!!! hehehe... 

Nyum..nyumm...hehehe

Bilo org johor taip bahaso nogori

SMS dari Hubby aku.. hehe

Ni la akibat eh.. bilo oghang johor taip bahaso nogori.. hehe
Bebolit2 den nak membaco eh.. sampai ejaan pun salah taip..
camno ni jang.. namo anak kito pun kono
tuka gak ko? Harith jd Haroith.. hehehehe

adehh... kono masuk kolas bahaso nogori ni...
takpun ngadap ngan abah den.. pure nogori org pilah...
hahahaha....

Smisshhh!! yezzaa...

Aksi dari Jamy & Fara berentap.. aku xde dlm ini gambar sbb aku la yg tukang amik gambo.. hahaha 

Last sunday, aku, jamy n fara menghabiskan masa utk bersukan walaupun sejam. Yeah.. dah berapa kali aku cube utk join dorang asyik tak dapek je.. sobab eh jauh bonar korang main kek ampang tu ha... hehehehe

Kali ni kami bermain badminton di Endah Parade, Protech Court Badminton. Nasib la tak jauh dr tmpt tinggal aku n dorang.. so fair la kan. Anyway.. dah lama aku tak bersukan.. terasa badan aku semakin berat.. Akibatnye... bila dah lama tak bersukan.. lepas aku balik dari bermain badminton.. hamik ko, tgn aku terseliuh, kaki dah mula sakit2 macam aku dah semakin tua.. hahaha .. kurang minum susu ni la akibatnye riena oi!... hahaha. Nak kata dah warm up.. dah buat dah.. hahahaha...

So, kami bermain sambil bergilir2.. main single serius memenatkan ok! elok plak di belasah oleh dua org yg bole tahan main sambil ada bg tektik2 skill dorang bg utk membelasah aku.. wah... terkial2 aku nak mengejar wey!.. hahaha...tapi serius mmg best bile kembali bersukan.. peluh kuar mencurah2 tak henti. Terasa toksik2 aku kuar. Damn!.. 

Dan esoknye juga.. aku langsung takleh nk bergerak byk.. abis satu badan aku sakit2.. tgn aku lenguh n terseliuh masih sakit.. nak angkat cerek air pun takleh pegang.. adehhh... den da tuo dah ni... hahahaha.. well.. hope lepas ni anggap la menjadi satu sukan harian utk aku. Setelah lamanya Futsal di kuburkan.. jadi aktiviti menyepak bola dah semakin kurang. Even ada rakan2 aku masih bermain utk team2 dorang.. aku jua yg masih duk umah tak gerak apa.. huaawwwaaaa.... sedey tau!.. i miss futsal so much wey.. 

Anyone can organize Futsal? tak kisah la main campur.. i would be the 1st person who confirm played futsal ok!...haha...

Tuesday, April 5, 2011

Harith wearing a cap for the 1st time

Yes, finally he's wearing a cap!.. after he've been pushing by his father to wearing a cap. Thank to god he's not crying after force him to wearing his cap. My dad bought this cap from Bandung for a long time.. He never wear this cap until now...

So, here the picture with his moody face after been pushing his father.. haha.. "muke kena paksa ok!" hehehehe...

so cute what? why u don't like wearing a cap my dear, harith?

Luv U!... xOxO

Masak lomak cili api.. hehe




Ari jumaat lepas aku masak utk dinner mlm tu. Aku masak lemak cili api ayam, bersama2 sayur buncis goreng dan keropok ikan masa aku beli kat chendering, T'ganu aritu. Rasa cam tak caya.. teringat zaman bujang2 dulu puas juga aku pikir macam mana la nak masak lemak ni.. tgk mak aku buat dgn kuah pekat.. rasa yg pedas.. especially masak lauk ayam kan.. adeh meleleh tgk mak aku buat kan... hingga menjadi fave aku sepanjang idup aku dgn masakan mak aku ni.

So, since dah kawin ni, byk juga aku pelajari masakan2 yg dulu nya takde la seterer mana aku masak kan.. setakat lepas asam pedas je ngan masak sambal.. so bab2 masak kari, masak lemak, masak rendang ni semua aku tak pass lagi. Then memandangkan laki aku ni kuat makan sambal, asam pedas ni.. so aku tak hairan la.. laki aku ni tak cerewet bab makan. Kalau bole, die lagi suka makan di rumah. Tapi masa aku keje kat Tesco dulu, aku rasa masa aku sgt la terhad, lagi2 bile keje shif.. so, hari2 la aku tak sempat nk masak.. bole di katakan kerap juga aku beli kat luar.

Jadi, sejak itu aku rasa sgt la rugi byk berbelanja di luar. Lagi2 kalu family mertua aku dtg. Kesian tgk dorang tak dpt nak merasa aku masak. Kdg2 sampai mak mertua aku plak yg masak kat umah aku. Malu gile. Nasib mak mertua aku ni tak cerewet, faham situasi aku. Segan pun ada bila jd menantu jrg masak kat umah. 

Since aku dah berhenti keje, jadi surirumah sepenuh masa, aku kerap memasak di rumah. Bermacam2 lauk pauk aku masak. Dan alhamdulillah, sedikit demi sedikit perubahan masakan aku semakin bagus. Laki aku pun sentiasa puji je masakan aku kan.. cewaahh kembang kejap aku! hahaha.. tp utk die jugakkan.. die jugak nak telan.. hehehe..

p/s : cik jamy, ekau sondiri dah ponah ghaso masakkan lomak den ni kan.. kebetulan aritu den pertamo kali masak lomak tu.. podeh melampau.. tak tau la camno ekau ghaso terbaka lak lidah ekau tu.. hehehe...