Sunday, July 5, 2020

SUATU HARI NANTI...

Bila tengok pada tajuk, mesti korang semua pernah terfikir apa yang aku fikirkan?

SUATU HARI NANTI... Aku akan.. bla bla bla....

Yes, this is what i thought that one day... when i am getting old.. i mean, like being so old.. dah jadi nenek ke... apa yang aku akan buat, apa yang aku akan alami, adakah aku bersedia?

Soalan aku bersedia atau tak.. itu semua akan kita alami suatu hari nanti kan... cuma tengok la jangka hayat kita macam mana... adakah aku sempat jadi nenek or sempat tengok anak2 aku membesar masuk kolej, bekerja.. ada family.. ada anak one day... wow riena, jauh ko fikir kan?

Tapi, itulah aku selalu duduk sorang2 fikir benda2 ni... Suatu hari nanti, sempat ke aku tengok semua keindahan keluarga aku... Waallahualam, ajal maut semua ditangan Allah SWT... kita pun tak tau bila jangka hayat kita akan berakhir. Kadang-kadang bila terfikir begitu... gerun pun ada, excited pun ada... macam2 bercampur baur jiwa & perasaan ni. Ada masa aku macam menangis sensorang pun ada bila aku dah terbayang masa depan anak-anak aku. Mungkin naluri seorang ibu sentiasa cepat emosi kan?... Mudah tersentuh!

Yang pasti, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga aku even ibu bapa aku sendiri. Allahu, tidak dapat aku gambarkan keadaan aku suatu hari nanti. Huhuhu.....

Bagaimana dengan korang? Ada tak sama macam aku? 😊😊


Monday, June 29, 2020

Hurrrmmm...

It's been so many years... i didn't update this blog.

Sebenarnya, aku hampir terlupa blog ni masih wujud... bila tengok balik last aku post blog...

Bapakkkk punya la lama.

Bertahun rupanya ye. Sekarang dah 2020 dah... 
Dan secara tak sengaja aku terbukak balik blog ni...

Asalnya aku tengah google nama email anak aku.. aku dah lupa plak email anak aku ni. Bila click search... pufff! keluar la nama penuh anak aku siap berBIN kan nama laki aku.. ahaha...

Memula bajet terkejut la.. mcm "ehhhh...apo yang namo ponuh anak aku ni?" 

Sekali tekan link tu.. haleemaakkk kuar sini rupanya.. haha...

Rupanya, aku menceritakan kisah anak bujang sulung aku yg masih kecil waktu tu... sekarang bapakkk besar dah... dah 12thn pun umur dia.. hahaha.. 

Aduuhh kelakar betul!...

Takpe lah, bila baca balik .. rindu plak nak berblogging... mungkin sini lah aku dpt luah mcm2 kan...?

Friday, July 12, 2013

Salam Ramadhan...

Ok, Sekembalinya aku disini... Firstly, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa to all bloggers out there and also to my friends yang mungkin dah lama tunggu bila laahhhhhh si Rina ni nak update blog kan? or maybe korang dah takmau baca blog aku lagi kot? haha.. joking!

Sempena bulan yang mulia ini, walaupun kita sudah masuk 4 hari berpuasa. Masih sempat aku nak mintak ampun n maaf jika selama ini aku ada menyakiti perasaan kamu, kamu ... and yes, kamu!... harap di beri kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. k... 

Aku tak tau nak taip apa.. haha.. just tunggu next post laa ye...

;)

What da FiSH!... Damnnn! Im back!

Damn i left u tooooooo long!...

Ok blog, this time i will try to keep update. 

I will try my best to keep writing k!...


And yeaahhhh HELLO! im back!!!...how long arrr?? what a year i guess!

Hehehe do u miss me... naaahhh never aite?

Monday, August 6, 2012

Syukur Alhamdulillah.. 7 months...

Syukur ke hadrat illahi, Allah telah makbulkan permintaan kami sekeluarga. Setelah kami berusaha utk mendapatkan 2nd bby dr tahun lepas dan akhirnya tahun ini, aku pregnant. Dalam pejam celik..pejam celik.. tak sangka sudahpun 7 bulan kandungan aku skang. Rasa tak caya, masa begitu cepat berlalu. Tau2 tinggal lagi 2 bulan aku akan lahirkan bby ni. Alhamdulillah!..

Dalam masa yg sama gak, tuhan telah berikan aku ujian dan dugaan terbesar buat aku apabila pada awal kandungan aku mengalami Cyst Ovarian. Pada mulanya aku mmg blank bout Cyst Ovarian ni. Bile doctor scan and find out ada satu benjolan besar agak2 dalam 5cmx4cm (sebesar jantung kita). Aku mengalami stressful sgt2 bila mengenangkan doc tu bgtau yg aku ada Cyst pada usia kandungan aku baru 1bulan. Doc tu cakap, bile melebihi 5cm ... mereka akan membuat pembedahan utk membuang cyst itu. Aku dgr masa tu, allah! aku menahan sedih sementara mendengar penjelasan dari Doc ttg Cyst. Doc klinik tu suggestkan aku utk berjumpa Doc Pakar utk membuat rawatan lanjut. Doc tu cakap tak merbahaya, ia takkan ganggu pada kandungan bby kerana cyst tu berada luar katung bby. Doc suh aku jgn bimbang, tp dalam pala otak aku ni dah mcm2 duk pikir. Lepas aku kuar dr Klinik, masuk keta, bercucuran air mata aku menahan sedih.. rasa cam tak caya, tgh happy sbb aku pregnant tapi dalam masa yg sama gak, aku ada cyst.. adoi.. Puas juga laki aku memujuk aku suh sabar... dia kata jgn bimbang sbb cyst aku tak serius mcm cancer or tumor. 
Camni la bentuk Cyst ... Ia akan terjadi pada semua wanita sahaja sama ada pregnant or tidak pregnant, jadi berhati2 lah.. huhu.

2-3 malam aku tak tenang utk tido makan semua... dan 2-3 mlm tu jugak aku buat research dlm internet tentang Cyst Ovarian.. dan hampir ke semua wanita yg pregnant seperti aku mengalami sakit seperti aku. Ada setengah org sampai kena operate ketika pregnancy... ada juga selepas bersalin baru cyst itu di buang. Ntah la, aku jdk kurang semangat waktu itu. Hampir seperti putus asa. Dalam pala otak aku duk pikir pasal Operate je.. huhu. Atas nasihat laki aku, dia suh aku focus utk jaga kandungan tu. Dia ckp, "jgn fikirkan sgt pasal cyst tu.. buat tak tau je..lagi di fikirkan lagi tak jaga la kandungan tu. Dah la kite ni susah nk try dpt bby yg 2nd nih" Bila aku dgr dia ckp camtu.. baiklah! aku cuba utk focus jaga kandungan ni sampai la aku jumpe doc pakar, alhamdulillah, doc kata cyst aku ni tak serius.. its depends on brapa besar cyst tu sama ada mengecik or membesar.. Bila di scan2 cyst aku makin mengecik size nya dr 5x4cm sampai la 4x3cm. Doc pakar ckp, memandangkan makin mengecil, so doc decide utk tidak operate. Malah akan memantau Cyst aku dr masa ke semasa. Memang ternyata, semakin besar kandungan aku, semakin mengecil cyst aku. Tp, mengecil pun bukan secara mendadak.. depends la size dia camne. Sejak itu lah, aku langsung tak fikir lagi pasal Cyst, malah aku menjaga betul2 kandungan aku sampai la ke harini.. Alhamdulillah... Mungkin la, after aku delivered if Cyst aku tak hilang, mereka akan buang Cyst aku after delivered. Huhu .. T.T takutnye...

Takpe yang penting, bby dalam perut ni sgt aktif dan sihat. Kami tak sabar nak scan 4D nk tgk muka bby tu camne.. hehehe

Sunday, August 5, 2012

Iftar at TGI with Hubby n Son

Haaa... lepas buka posa dekat Dave's Deli Sabtu lepaih.. la ni esoknya (ahad) aku melantak plak kat TGI... ok cite nya begini.. Actually aku dah deal ngan hubby aku masa laki aku kat Europe, kiteorg dah promise akan buka sama2 bile dia sampai M'sia. Dia tanye aku nak buka apa nanti. Aku ni duk menahan nk makan kat Seoul Garden sblom posa ni, so aku request kat dia yg aku nk gi sgt Seoul Garden. Then kiteorg dah kept promise tu until la dia balik sini. Punye la berkobar2 semlm (Ahad) nak gi buka kat IOI Mall... sampai2 sana punye la ramai org shopping baju raya. Kiteorg ni pun bergegas la ke Seoul Garden nk booking la konon nye. Alih sampai sana, laki aku masuk situ nk booked.. skali FULL! arrrrgggghhh tidak!!!... noooooo wayy!! berkecai perasaan aku bile dpt tau dah full, dulu rajin aku nk gi buat call for reserved tmpt, tp tak tau la smlm apersal aku tak call reserved tmpt kan.. arrgghhh salah aku juge!

Dgn perasan hampa, laki aku ckp.. so nk buka mana plak ni... dalam pala otak aku dah blank dah tak tau nk buka apa... huhuhu sedih tak dpt melantak seoul garden. Then hubby aku decide, "jom tgi la eh" aku pun angguk je la. Dah dia ajak aku ok je la. Jadik kami buka la kat TGI...booking tmpt dulu. Rayau2 la dlm IOI tu sblom nk berbuka tu. Tapi nak wat camne, takde rezeki la aku.. tp aku risau aku duk ngidam kang nk makan Seoul Garden ni.. camno? haih!...

Oh bile la aku leh dpt makan kat Seoul Garden... huhu



















Our food yg kiteorg order kat TGI smlm... (sapa2 yg posa, harap bersabar eh.. hehe)

Iftar with Friends (LastMinute Family)







Selama 2 ari aku n family berbuka luar. Seperti biasa la acara iftar with friends and kami bertiga. 

Lebih dari 2 weeks aku melantak beli berbuka kat Param yg bermacam2 citerasa manis, pahit, tawar, masin segala macam. Tak tau la mereka ni meniaga yg macam mana.. nak untung lebih tp tak ikhlas nak niaga.. mau ikutkan hati nk je aku bungkuskan semua makanan tu campak kat muke peniaga tu. Ko nak meniaga ikut main sedap ko je.. ni mesti jenis mmg meniaga hanya time posa je.. bukan yg mmg kaki bisnes makanan jual pada hari biasa kan. Selalu jdk camni la. So, aku dah deal ngan kengkawan aku.. ujeng, man n ereen utk berbuka bersama2 memandangkan laki aku baru pulang dari eropah 2 aug tu..aku decide utk berbuka pada sabtu lepas. Seperti biasa kami akan makan tmpt biasa la.. di Dave's Deli.. last year bajet nk try makan buffet kat shah alam.. entah aku lupa nama restoran tu tp betul2 berhadapan dgn Tupai2 Restoran. Aku bagi rating 2 star je la tmpt tu. Utk tidak membazirkan duit. Kami decide kat Dave's Deli as usual place la. 

Oh kenapa kiteorg tak ajak ramai2? ada sebb kiteorg buat mcm tu. Setiap tahun mmg kiteorg akan berbuka bersama dgn lineup band kiteorg shj. Mcm gathering la. Lagipun senang nk booked place kalu tak ramai.. itu pun dah 8 org.. ramai juga..  maybe la dave's deli tu tmpt makan yg kiteorg rasa sedap gak la dr yg last year kiteorg makan dulu... dah la ramai org, makanan plak adei.. tuhan je la yg tahu.