Sunday, July 5, 2020

SUATU HARI NANTI...

Bila tengok pada tajuk, mesti korang semua pernah terfikir apa yang aku fikirkan?

SUATU HARI NANTI... Aku akan.. bla bla bla....

Yes, this is what i thought that one day... when i am getting old.. i mean, like being so old.. dah jadi nenek ke... apa yang aku akan buat, apa yang aku akan alami, adakah aku bersedia?

Soalan aku bersedia atau tak.. itu semua akan kita alami suatu hari nanti kan... cuma tengok la jangka hayat kita macam mana... adakah aku sempat jadi nenek or sempat tengok anak2 aku membesar masuk kolej, bekerja.. ada family.. ada anak one day... wow riena, jauh ko fikir kan?

Tapi, itulah aku selalu duduk sorang2 fikir benda2 ni... Suatu hari nanti, sempat ke aku tengok semua keindahan keluarga aku... Waallahualam, ajal maut semua ditangan Allah SWT... kita pun tak tau bila jangka hayat kita akan berakhir. Kadang-kadang bila terfikir begitu... gerun pun ada, excited pun ada... macam2 bercampur baur jiwa & perasaan ni. Ada masa aku macam menangis sensorang pun ada bila aku dah terbayang masa depan anak-anak aku. Mungkin naluri seorang ibu sentiasa cepat emosi kan?... Mudah tersentuh!

Yang pasti, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga aku even ibu bapa aku sendiri. Allahu, tidak dapat aku gambarkan keadaan aku suatu hari nanti. Huhuhu.....

Bagaimana dengan korang? Ada tak sama macam aku? 😊😊


Monday, June 29, 2020

Hurrrmmm...

It's been so many years... i didn't update this blog.

Sebenarnya, aku hampir terlupa blog ni masih wujud... bila tengok balik last aku post blog...

Bapakkkk punya la lama.

Bertahun rupanya ye. Sekarang dah 2020 dah... 
Dan secara tak sengaja aku terbukak balik blog ni...

Asalnya aku tengah google nama email anak aku.. aku dah lupa plak email anak aku ni. Bila click search... pufff! keluar la nama penuh anak aku siap berBIN kan nama laki aku.. ahaha...

Memula bajet terkejut la.. mcm "ehhhh...apo yang namo ponuh anak aku ni?" 

Sekali tekan link tu.. haleemaakkk kuar sini rupanya.. haha...

Rupanya, aku menceritakan kisah anak bujang sulung aku yg masih kecil waktu tu... sekarang bapakkk besar dah... dah 12thn pun umur dia.. hahaha.. 

Aduuhh kelakar betul!...

Takpe lah, bila baca balik .. rindu plak nak berblogging... mungkin sini lah aku dpt luah mcm2 kan...?

Friday, July 12, 2013

Salam Ramadhan...

Ok, Sekembalinya aku disini... Firstly, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa to all bloggers out there and also to my friends yang mungkin dah lama tunggu bila laahhhhhh si Rina ni nak update blog kan? or maybe korang dah takmau baca blog aku lagi kot? haha.. joking!

Sempena bulan yang mulia ini, walaupun kita sudah masuk 4 hari berpuasa. Masih sempat aku nak mintak ampun n maaf jika selama ini aku ada menyakiti perasaan kamu, kamu ... and yes, kamu!... harap di beri kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. k... 

Aku tak tau nak taip apa.. haha.. just tunggu next post laa ye...

;)

What da FiSH!... Damnnn! Im back!

Damn i left u tooooooo long!...

Ok blog, this time i will try to keep update. 

I will try my best to keep writing k!...


And yeaahhhh HELLO! im back!!!...how long arrr?? what a year i guess!

Hehehe do u miss me... naaahhh never aite?

Monday, August 6, 2012

Syukur Alhamdulillah.. 7 months...

Syukur ke hadrat illahi, Allah telah makbulkan permintaan kami sekeluarga. Setelah kami berusaha utk mendapatkan 2nd bby dr tahun lepas dan akhirnya tahun ini, aku pregnant. Dalam pejam celik..pejam celik.. tak sangka sudahpun 7 bulan kandungan aku skang. Rasa tak caya, masa begitu cepat berlalu. Tau2 tinggal lagi 2 bulan aku akan lahirkan bby ni. Alhamdulillah!..

Dalam masa yg sama gak, tuhan telah berikan aku ujian dan dugaan terbesar buat aku apabila pada awal kandungan aku mengalami Cyst Ovarian. Pada mulanya aku mmg blank bout Cyst Ovarian ni. Bile doctor scan and find out ada satu benjolan besar agak2 dalam 5cmx4cm (sebesar jantung kita). Aku mengalami stressful sgt2 bila mengenangkan doc tu bgtau yg aku ada Cyst pada usia kandungan aku baru 1bulan. Doc tu cakap, bile melebihi 5cm ... mereka akan membuat pembedahan utk membuang cyst itu. Aku dgr masa tu, allah! aku menahan sedih sementara mendengar penjelasan dari Doc ttg Cyst. Doc klinik tu suggestkan aku utk berjumpa Doc Pakar utk membuat rawatan lanjut. Doc tu cakap tak merbahaya, ia takkan ganggu pada kandungan bby kerana cyst tu berada luar katung bby. Doc suh aku jgn bimbang, tp dalam pala otak aku ni dah mcm2 duk pikir. Lepas aku kuar dr Klinik, masuk keta, bercucuran air mata aku menahan sedih.. rasa cam tak caya, tgh happy sbb aku pregnant tapi dalam masa yg sama gak, aku ada cyst.. adoi.. Puas juga laki aku memujuk aku suh sabar... dia kata jgn bimbang sbb cyst aku tak serius mcm cancer or tumor. 
Camni la bentuk Cyst ... Ia akan terjadi pada semua wanita sahaja sama ada pregnant or tidak pregnant, jadi berhati2 lah.. huhu.

2-3 malam aku tak tenang utk tido makan semua... dan 2-3 mlm tu jugak aku buat research dlm internet tentang Cyst Ovarian.. dan hampir ke semua wanita yg pregnant seperti aku mengalami sakit seperti aku. Ada setengah org sampai kena operate ketika pregnancy... ada juga selepas bersalin baru cyst itu di buang. Ntah la, aku jdk kurang semangat waktu itu. Hampir seperti putus asa. Dalam pala otak aku duk pikir pasal Operate je.. huhu. Atas nasihat laki aku, dia suh aku focus utk jaga kandungan tu. Dia ckp, "jgn fikirkan sgt pasal cyst tu.. buat tak tau je..lagi di fikirkan lagi tak jaga la kandungan tu. Dah la kite ni susah nk try dpt bby yg 2nd nih" Bila aku dgr dia ckp camtu.. baiklah! aku cuba utk focus jaga kandungan ni sampai la aku jumpe doc pakar, alhamdulillah, doc kata cyst aku ni tak serius.. its depends on brapa besar cyst tu sama ada mengecik or membesar.. Bila di scan2 cyst aku makin mengecik size nya dr 5x4cm sampai la 4x3cm. Doc pakar ckp, memandangkan makin mengecil, so doc decide utk tidak operate. Malah akan memantau Cyst aku dr masa ke semasa. Memang ternyata, semakin besar kandungan aku, semakin mengecil cyst aku. Tp, mengecil pun bukan secara mendadak.. depends la size dia camne. Sejak itu lah, aku langsung tak fikir lagi pasal Cyst, malah aku menjaga betul2 kandungan aku sampai la ke harini.. Alhamdulillah... Mungkin la, after aku delivered if Cyst aku tak hilang, mereka akan buang Cyst aku after delivered. Huhu .. T.T takutnye...

Takpe yang penting, bby dalam perut ni sgt aktif dan sihat. Kami tak sabar nak scan 4D nk tgk muka bby tu camne.. hehehe

Sunday, August 5, 2012

Iftar at TGI with Hubby n Son

Haaa... lepas buka posa dekat Dave's Deli Sabtu lepaih.. la ni esoknya (ahad) aku melantak plak kat TGI... ok cite nya begini.. Actually aku dah deal ngan hubby aku masa laki aku kat Europe, kiteorg dah promise akan buka sama2 bile dia sampai M'sia. Dia tanye aku nak buka apa nanti. Aku ni duk menahan nk makan kat Seoul Garden sblom posa ni, so aku request kat dia yg aku nk gi sgt Seoul Garden. Then kiteorg dah kept promise tu until la dia balik sini. Punye la berkobar2 semlm (Ahad) nak gi buka kat IOI Mall... sampai2 sana punye la ramai org shopping baju raya. Kiteorg ni pun bergegas la ke Seoul Garden nk booking la konon nye. Alih sampai sana, laki aku masuk situ nk booked.. skali FULL! arrrrgggghhh tidak!!!... noooooo wayy!! berkecai perasaan aku bile dpt tau dah full, dulu rajin aku nk gi buat call for reserved tmpt, tp tak tau la smlm apersal aku tak call reserved tmpt kan.. arrgghhh salah aku juge!

Dgn perasan hampa, laki aku ckp.. so nk buka mana plak ni... dalam pala otak aku dah blank dah tak tau nk buka apa... huhuhu sedih tak dpt melantak seoul garden. Then hubby aku decide, "jom tgi la eh" aku pun angguk je la. Dah dia ajak aku ok je la. Jadik kami buka la kat TGI...booking tmpt dulu. Rayau2 la dlm IOI tu sblom nk berbuka tu. Tapi nak wat camne, takde rezeki la aku.. tp aku risau aku duk ngidam kang nk makan Seoul Garden ni.. camno? haih!...

Oh bile la aku leh dpt makan kat Seoul Garden... huhu



















Our food yg kiteorg order kat TGI smlm... (sapa2 yg posa, harap bersabar eh.. hehe)

Iftar with Friends (LastMinute Family)







Selama 2 ari aku n family berbuka luar. Seperti biasa la acara iftar with friends and kami bertiga. 

Lebih dari 2 weeks aku melantak beli berbuka kat Param yg bermacam2 citerasa manis, pahit, tawar, masin segala macam. Tak tau la mereka ni meniaga yg macam mana.. nak untung lebih tp tak ikhlas nak niaga.. mau ikutkan hati nk je aku bungkuskan semua makanan tu campak kat muke peniaga tu. Ko nak meniaga ikut main sedap ko je.. ni mesti jenis mmg meniaga hanya time posa je.. bukan yg mmg kaki bisnes makanan jual pada hari biasa kan. Selalu jdk camni la. So, aku dah deal ngan kengkawan aku.. ujeng, man n ereen utk berbuka bersama2 memandangkan laki aku baru pulang dari eropah 2 aug tu..aku decide utk berbuka pada sabtu lepas. Seperti biasa kami akan makan tmpt biasa la.. di Dave's Deli.. last year bajet nk try makan buffet kat shah alam.. entah aku lupa nama restoran tu tp betul2 berhadapan dgn Tupai2 Restoran. Aku bagi rating 2 star je la tmpt tu. Utk tidak membazirkan duit. Kami decide kat Dave's Deli as usual place la. 

Oh kenapa kiteorg tak ajak ramai2? ada sebb kiteorg buat mcm tu. Setiap tahun mmg kiteorg akan berbuka bersama dgn lineup band kiteorg shj. Mcm gathering la. Lagipun senang nk booked place kalu tak ramai.. itu pun dah 8 org.. ramai juga..  maybe la dave's deli tu tmpt makan yg kiteorg rasa sedap gak la dr yg last year kiteorg makan dulu... dah la ramai org, makanan plak adei.. tuhan je la yg tahu.

Kembali di Blog...

Berabad lamanye aku tak menaip di blog aku ni... hampir usang sudah blog aku. hahaha... ntah bila masa aku nak spend masa aku ni ngadap blog lama yg hampir berbulan lama nye.

Haruskah aku tulis "IM BACK!!" atau.. eh "KEJAP JE SINGGAH, NNT SENYAP BALIK" atau "TENGOKLAH!" hahaha... dah aku dah meraban...

Sudah pasti kengkawan aku pun sudah mula jelak nak belek2 blog aku yg tak berusik kan.. btul tak cik Jamy.. haha...

Aku pasti akan sambung nnt... tunggu aku dpt idea apa pertama post harus aku mulakan... hurrrmmmmmm.... ^_^

Monday, October 10, 2011

Harith Mikhail 1st Day...@Taska Saffa Idealis

Ari ahd aritu aku and hubby tak plan pun nk terjah taska yg betul2 dekat area umah aku. Actually aku mmg ada niat nk anta harith gi taska bkn sbb malas nk jage dia. Tapi aku nk bg dia bergaul dgn kengkawan and sambil tu give some education sedikit memandangkn harith semakin hari semakin sibuk nk blaja mengeja dan menyebut. So, tak sangka plk Taska Saffa Idealis ni tgh buat open register. Aku dpt fliers dr taska ni dkt pagar rumah aku. Mlm tu jugak aku belek2 baca dan membuat survey dlm website. So far dorang bg positif review.

Aku mula mcm berminat sbb dia ada jaga toddler age 1-3yrs 4-6yrs utk tadika idealis. Actually tadika ni sama je. Tapi dia bhgkan 2 part for age yg berbeza. Jadik tak salah juga klu bg Harith utk mencuba. Aku cube diskus ngan hubby aku. Dan die pun bg green light. Esoknye aku pegi la taska tu.

Ptg tu aku jumpe guru taska di situ dan sambil memberi information ttg taska ni. Aku semakin berminat utk mendaftar. Bagi aku, duit bkn segalanye. Tapi demi anak utk memberikan dia yg terbaik.. Aku x hirau brapa ttg yurannya pun. Sebulan rm290, register rm50. Dan yg selamatnye, sesiapa yg daftar anknye utk masuk 2012.. Yuran akan dikenaka rm300. So mcm aku dah daftar awal dan terus masuk je aku kena byr rm290. Fuhh! Nowadays makin naik yurannye.. Huhu..

Ok back to the story, pagi ni kami pergi register kira.. Lepas register, harith dah bole masuk terus. Yg bestnye.. Tanda2 si kecik ni bersemangat nk ke taska.. Sampai je depan pintu, terus die salam teacher.. Masuk dlm pun terus die salam a few kids yg tgh belaja tadika age 4-6. Dia punye happy tgk ramai bdk2 dlm tu langsung tak hirau mak ngan ayah die tercongok kt situ. Aku risau juga takut die menangis klu kiteorg takde depan mata. Tapi sangkaan aku salah.. Haha.. Dia join terus ngan bdk sebaya dia tanpa lihat aku n hubby aku. Aiyoo bertuah punye bdk. Hihi.

Aku n hubby aku pun beredar dr situ. Hubby aku balik jln kaki. Aku plk terus pegi keje.. Dgn punchcard 9.10min ok.. Haha.. Nasib la aku tgh happy x hirau la benda2 ni smua.

Tadi dpt info dr hubby, harith kat taska ok xder masalah, die sibuk nk join main ngan dak2 age 4-6yrs tu.. Die dah boring main dgn rakan sebaya dia.. Haihhh harith begitu advanced! Hihi..

Harap2 lepas ni harith keep continue la blja di Taska tu ye syg... We always give u full support. Luv u harith!

Sunday, October 9, 2011

Addict.. Oh choc!

Aku tak tau knp aku makin addict with this! Makin stress with work makin dekat la Cadbury ni berkepit ngan aku.

I dont know why im addict with choc cadbury.. But truely said that, each time im eat it.. The more im feel like.. Oh god feel much better....

Thank you Cadbury! U made my day! Dah mcm iklan plk aku ni.. Hihi

O.M.G!!

Ok.. Klu mcm ni mmg aku sentiasa update thru Iphone! Huhu... Luv it!

Ni la dia bile terlalu canggih sampai dlm fon pun bole update blog! Thnks Apple! Huhu

Friday, September 9, 2011

Samun? WTFudge!

Sekembalinya aku bertugas di kantor ari Rabu kelmarin. Bermula la lambakkan keje menanti. As usual aku masuk opis sampai pintu gate dpn opis, aku terkejut tgk bos aku dah tukar tmpt lock mangga yg begitu besar gedabak. Aku pun pelik, aik.. kenapa tibe2 tuka lock mangga ni... ada org masuk ke.. or mmg nk tukar sejak Ofismate aku last day before raya tu. Tapi tak mungkin.. takkan disebabkan dak opismate aku nk benti terus tukar mangga. Sedangkan die takde rekod buruk apa2 pun sejak die berkhidmat di company ni. Malah manager aku siap close ngan die lg. 

So, lepas aku dah sampai pintu kayu tingkat atas.. aku punch kad tag aku masuk pun seperti biasa.. jumpe opismate aku mereka masih melayan aku seperti biasa. Sampai meja aku, bermula lah keje aku utk menyiapkan report yg perlu disiapkan dlm beberapa hari sblom meeting next week bermula. Sedang bz aku menyiapkan keje.. tibe2 staff aku dtg tmpt aku.. dgn berkata begini "rina, u tau x ofis kite sudah kena masuk org..."

Dengan sentap aku mendengar story dia dan berkata.. "haaaa??? what... ada org masuk rompak brg ke?..when??" Terus Die cite "u tau tak, ada org sudah masuk curi brg dlm opis ari jumaat lepas. 2hb tu.. masa tu i masuk opis i tak prasan lagi yg my drawer kena bukak, tp i ternampak drawer jessy n cindy sudah terbuka, then i pelik kenapa mereka lupa mau tutup drawer mereka. Then i pegi pantry, i tgk itu pintu belakang sudah terbuka, then i pikir ada angin kuat sudah tolak itu pintu kasi bukak, then i tgk itu lock sudah kena bukak (cungkil la)... then i pegi tgk meja benecia (manager aku) tgk die punye drawer sudah ada atas meja. Then baru i prasan i punya drawer also kena bukak. So, barang kena curi.. 2 laptop dgn kamera opis" 

Aku dgr terus tersentap sbentar.. tak sangka berlaku juga samun di opis aku. Jantung aku berdegup kencang, takut dan gementar.. mula la fikiran negatif aku bermain di fikiran. Andai kata tibe2 tgh wat keje org dtg serang?..isk nauzubillah... mintak2 dijauhkan... Nasib la aku tak tinggalkan barang2 aku dlm laci aku. Start tu, arini manager aku panggil org yg pasang alarm system utk pasang di opis. Takut happen lagi.

Skang ni musim merompak n samun la... isk.. seriau la dgr kejadian yg semakin berleluasa ni... huhuhu 

Thursday, September 8, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Tahun ni aku turn aku braya di kg Nenek aku. Tahun lepas aku braya di Kluang ikut turn la jawabnye. So, alhamdulillah... raya aritu sgt happening, walaupun ada yg tak balik raya 1st raya aritu.. tp suasana tu ttp ada tak penah luput. Aku dan family sambut sederhana.. hehe.. So tahun ni kami dah plan nk pakai baju sedondon berwarna itam utk kami 3 branak. Teka kaler apa? haha Hitam ler.. tahun ni Hitam, tahun depan tak tau la kaler apa plak. 

Tapi tak sangka plak, rupanya habis satu keluarga mak abah aku warna itam jugak. Dah jadi keluarga Haron serba itam.. hahaha.. kebetulan.. tak di sengajakan.. hehehe...

Agak2 korang la.. brapa la anak aku dpt duit raya... mengikut kiraan dan congak yg di kira oleh kami.. hampir mencecah rm400+... dalam 3 hari beraya. gile la... aku dulu pun tak penah nk cecah sampai ke rm400.. huhu.. takpe la.. tu dah rezeki anak aku. nak wat camne. hehe... 

Ok.. aku takmo la nk cite panjang. Sempena bulan Syawal masih ada... walaupun dah ari ke 10 dah kite sambut raya. Aku dan juga family ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, ampun dan maaf jika kami terkasar bahasa, or maafkan aku jika aku ada terkasar bahasa sepanjang aku  menaip di blog ini. Jika ada terasa hati.. skali lagi aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.  

Sini ada beberapa photo ingin di kongsi bersama. Enjoy!











 

Tadaaa....!!!

New Balance! yess!
Yes.. this is my shoes... yess!!!... i love it very muchhh... TQ sooooooo muchhhhhh to my hubby for bought this shoe... i dont know what to say... but all i can say is... LOVE YOU so muchhh Mohd Faizal. thanks for everything!

Happy Birthday to Me!

Another present from my hubby... yeah i know... my age.. getting older and older..again... hahaa.. for what should i hide it... i'm not shame with my age... yes!..truly said that, now i'm 31 yrs old. 

Cant believe ... it was so fast.. but who care. its just a number.. nothing to do with me.. hahaha... perasan la ko riena.... bwk2 la sedor dah tua.. hahaha...

ok2 back to my story... my hubby bought this cake from his friend. His friend made it itself just for me. She make Choc Cheese Oreo Cake. and it was delicious. TQ so much hubby.. thanks for the lovely cake. Luv u! Muaaahhh!!!




  
p/s : my hubby said, end of this month he wiil buy me a present.. so he ask me what i want for my birthday? hahaha guess what? ... wait haaa... to be continue~! hhehehe...

My dream came true! YES!

Ok. Aku tau cite ni dah lama lepas dan erti kata ialah dah BASI.. but.. aku bukan la nk cite benda dah basi.. tapi aku nk rewind balik apa yg aku dah miss out since 2 month aku tak update blog aku. Kadang2 rindu nk taip balik ceciter dalam ni. Tapi aku tiada ruang utk menyelit sedikit waktu utk berblogging. 

So, bulan 6 lepas tak silap aku.. last post aku dlm blog ni pasal aku dpt beli tiket liverpool dan free pass to watch training session. Mau tak nye aku excited melampau2. This is my dream! impian aku selama berbelas tahun lamanye utk berjumpa dgn mereka depan mata aku. Yeah i know bukan face to face but its about passion aku terhadap bola dan fave team, of course i wont miss it.. Selalu tgk tv je kan, tp kali ini for the 1st time in my life.... aku dpt melaksanakan impian aku utk watch their game at Bukit Jalil Stadium.

Time training session berlangsung kebetulan dorang buat ari weekdays.. yeah.. org berkerja ok!. dgn timing yg aduhhh... "mengapalah ko training time org nak balik keje.. 7pm plak tu" ye lah kalu sapa2 keje kat area bukit jalil.. untung la badan dpt runner ke sana. Ni ha buat org yg keje kat shah alam, Klang, damansara, wangsamaju, kat ceruk2 ujung KL sana tu.. haihh dpt ke teman nak terjah ke stadium kalu balik keje kol 6pm?? haper gile! Jadik nak taknak.. aku kebetulan plak pagi tu aku dah start sakit pala plak.. mujur tak teruk migrain aku.. kalu tak adoiii tak dpt tgk weh. Dgn kesakitan aku alami, pantas aku berlari ke klinik utk mendapatkan??.. YES! MC.. ahahahahaha!. Pagi2 aku sms boss aku yg aku MC arini.. dan aku msg staff aku yg aku tak keje aritu. So, betapa senang nye hati beta..takyah runsing nak pikir camne aku nk cabut dr opis kalu time kje utk pergi ke Stadium. 

Jadik, kebetulan plak aritu aku sakit kepala.. apa lagi.. dgn bergegasnye aku ke klinik utk mendapatkan?? Yes! MC haha... dpt MC apa lagi.. aku sms bos aku yg aku MC.. wahahaha.. seronok gile aku time tu. Mujur la aku tak teruk sgt sakit kepala tu.

Dalam pukul 3pm, aku dah bersiap utk ke Training Session. Aku kuar rumah dlm kol 4pm. Aku jalan ikut highway KESAS.. rupanye ingat aku sorang je yg berlari2 nk ke Stadium. Rupanye berduyun2 org drive kete sambil memakai jersi merah menuju arah yg sama. Haha!

Sampai area Sri Petaling.. WTH! ramainye org. melilau aku cr parking. Damn! kalu aku tau aku kuar awal ok!.. Aku try call adik aku bgtau situasi keadaan di sini. Die pun terkejut bile aku ckp ramai org. Apa lagi dgn semangatnye aku menapak dr area kondo komenwel sampai ke stadium. Fuh! penat2 tp tgh excited.. aduh tak sabonye! hahaha... Dah masuk dlm stadium aku carik seat. Aku sms ereen n yunie yg aku dah sampai chopkan tmpt tuk dorang. Dgn tak ku menduga training pun ramai jugak yg dtg. Giler ah!. hehe.. Elok plak aku dpt sms dr kwn aku Jamy.. "giler lah nk tgk red devil sampai jemmtart!" ... aku reply balik "yup, dr kol 4pm dah jammtart ok!" hahaha.. jamy.. what ever la ada acara di stadium dont expect jln tak jammtart ok! hehehehe...

On 16 July, Aku pergi lagi ke stadium utk buat kali ke2 Liv vs Malaysia... yessss... this time u wouldnt believe it. This is worst then before. Aku park kete sampai tepi jalan susur nk ke highway Kesas. Damn.. penat menapak weh! sakit kaki aku, tp sbb semangat nk gi tgk.. pedulik apa aku..haha. So, aku masuk dlm duk tmpt berlainan sblom ni. Aku dpt rasakan yg aku mcm berada di Anfield. Serius, full of red! huhu! terbaik. Mereka semua memakai jersi Liverpool. Best experience ever in my entire life!...Dlm brapa jam, ereen n darul sampai. dorang suh change tmpt. Kiteorg duk bawah betul2 tepi gol sambil nyanyikan lagu Liverpool. Mula2 tak nampak ramai lg. Bile game dah nak mula.. i'm shocked! full of RED! Serius mmg terasa kat Anfield. tak sangka begitu ramai penyokong Liverpool seperti Man U dtg m'sia last year pun sama gak. Hehehe.. terbaik. Bile game start.. apa la lagi bersorak sambil menjerit sambil tu juga aku menyokong team Malaysia... hahaha.. Harus maaa.. kata lahir di Malaysia. Why not rite? haha.. anyway.. aku takmo lagi nk cite pjg2.. coz, kalu ikutkan citenye pun dah lama basi. Org pun dah boring nk baca. 

Apa2pun, aku berasa happy gilerr... sbb selama bebelas tahun aku menanti saat ini. Since i was highschool i've been dream to watch this game. and alhamdulillah syukur... yes! hehehe... 

Jersi Liverpool... yeah!
credit to Yunie... 

credit to Yunie
credit to Yunie.
 

Tuesday, August 23, 2011

owh well.. its been 2 month!... feewwwhhh!

OMG!.. ntah mcm apa je aku sebut OMG... haha...

Actually aku terkejut rupanya dah 2 bulan aku tak sentuh blog kesayangan aku nih. Mesti peminat2 aii dah ilang kan sbb aiii dah jarang hapdate blog aiii.. sorry la i'm too busy.. or the best way said.. soooo LAZY! haha...

Well, i would try my best la nak update balik the whole past yg aku miss out nk update my blog ni. Insyaallah aku akan sentiasa update lepas ni...


Sorry la cik mie, aku dah jarang update blog aiii.. nnt aii kasi update lagi ye.. tq.. hahaha 

Sunday, June 12, 2011

Yeeehaaa... FINALLY!

Pic Kredit to Yunie....
Ok... 1stly. Aku terlalu excited k! hahaha.. dunno nk start cite aku ni camne. Terkedu pun ada nk cite ni. hehehe... ok.. Cite nye begini...

Sedang org duk heboh2 pasal Liverpool akan dtg ke M'sia. Aku lah org pertama terlalu happy.. ini lah saat2 aku nnt kan dr tahun 1994 sampai la ni... aku dah kawin baru dorang nk tuwun m'sia.. huhu. 

So, aku suh kawan aku belikan tiket memandangkan die nk pegi beli tix.. aku suh die belikan utk aku.. tiket yg berharga RM58 (itu shj yg aku termampu,, tak dpek la rm388 tu.. mahal weh!). Kawan aku pun dah setuju utk belikan tix utk aku n ereen,.. so kami plan nk gi bersama2. haha excited kiteorg ni... 

Ari jumaat lepas... kawan aku call aku.. dgn suara yg agak cemas mengatakan tix byk dah sold out.. huhuhu.. aku dah cuak gile.. adoi jgn la tix abih.. kawan aku puas runner sini sana.. siap call tmpt2 jual tix semua kata sold out... kawan aku pun dah suara agak hampa gak la.. sampai ckp sanggup nk beli kat penang.. ahahaha.. (kata big fan ok! sanggup gi mana2) ehehe... 

Aku pun turut membantu dia search internet no contact2 kedai kalu2 kot ada kedai2 masih bole di beli.. tp ternyata hampa.. masih jawapan yg sama.. kebetulan si Yunie dpt contact kawan die di ampang point yg kata tmpt dia ada jual tix liverpool.. so.. aku dgn berharap moga2 ada la tix tu.. kalu tak kami semua akan meraung depan pintu masuk stadium tu nnt.. hahahah...

Lepas aku balik keje, sampai umah mak aku.. kebetulan adik aku ada kat umah. Elok kiteorg borak2,.. kawan aku si yunie call adik aku.. hahaha.. dgn berita excited melampau2 .. maunye excited!... dah la dpt beli tix rm58... includingggg... pass training session ok!!! aku dgr news tu... adoiyai.. tak dpt ku gambarkan prasaan aku yg melampau ni... EXCITED!! k!... yes.. finally! apa yg aku harapkan.. akhirnya dpt juga.. huhuhu... termakbul jua impian aku!... hehehe

Ok... aku cite ni bukan riak ke apa.. tp nk share kegembiraan aku ni melampau2.. hahaha... dah la dpt pass tgk dorang training.. then dpt plak tix yg kiteorg nk beli tu.. mmg berSYUKUR sgt2 la... so, Kuyt, Suarez, Maxi, dan semua player2 Liverpool nntkan kami utk menengok anda beraksi ye.. hehehe... yesss!!!

YNWA!!

Keje tmpt baru. Alhamdulillah...

1 Jun, bermulanya kerjaya aku sebagai Customer Service Exec. Serius aku tak penah ada pengalaman wat keje2 camni. Lagi2 suh tgk invoice la PO la... D.O.. mak aii poning palo...

So, dah 2 minggu aku bekerja company ni, walaupun agak memeningkan kepala aku.. but its kinda ok la aku dah try get use to it suasana tmpt keje ,. cara bekerja and so far the best is... everytime 6 o'clock.. aku balik terus.. hahaa.. no need to OT or working with extra hours... yeay! 

Staff bole dikatakan 98% chinese dlm company tu.. tinggal aku dan sorang staff melayu je keje kat situ.. dan tak lama lagi budak ni pun akan benti.. so tinggal la aku sorang melayu keje situ.

Ok.. aku pun takmo byk sgt cite pasal company aku.. aku nk tgk dlm sebulan dua ni.. nk try tgk mcm mana pe'el masing2 .. sbb aku baru 2 minggu keje situ.. so takde la lagi nampak benda2 negatif... apa2 pun.. keje nye mmg memenatkan juga.. wohooo... its ok.. nama pun keje... hehehe...

Saturday, June 11, 2011

Adoi....sakit lutut dan tumit...

Last 2 week, aku berfutsal sakan dgn kawan2 adik aku. Kiteorg main campur.. dalam 18 org gak main futsal.. mostly ramai laki. Haih... agaknye aku ni dah lama tak main... elok plak age aku makin berusia.. aku dah mcm2 dok rasa sakit2 setiap kali aku main futsal. So, akibat dah lama tak sefaaakkk bola... Smlm aku dah kemaruk nak merembat bola. Mula2 lari tu mcm ok lagi. Lama2 aku dah dpt rasa lutut aku mcm sakit. Tumit aku plak semakin sakit setiap kali aku berjalan, berpijak di lantai or carpet ke.. but still rasa sakit.

Time tu aku dah bajet da... mesti balik kang aku duk beradoi2. Lepas main, aku da rasa kesakitan tu makin menjadik2 di bhgn tumit aku. Dah sampai umah, azab aku nak naik tangga.. aiyoo tuhan je tahu camne.. dah mcm org tua nak naik tangga dah.. slow gile ok!...Lepas aku dah mandi2 semua... aku duduk buat artwork ayah aku bg job buat design buku.. Sedang aku duk bersila...aku dah dpt rasa kaki aku semakin sakit.. Even duduk bersila baru 5 min je aku da rasa sakit. Nak bangun tu .. ya allah.. tuhan je tau rasanye camne.

Jadi, esok paginye.. aku bangun tido utk bersiap2 pegi keje... arrrggghh damn! sakit nye kaki aku nk berjalan... payah gile akibat tumit aku. Camne nk gi keje ni? nak taknak aku redahkan juga dgn jalan mcm org tempang kat opis.. hahaha adoi.. naik segan aku ngan staff2 kat opis. Ada satu amoi tu siap tanye, "kaki u kenapa?" dgn sengaja aku cover cite.. "i terpeleot la.. nak masuk bilik air skali licin la."
 Staff - "u tak urut ka... kasi urut la...baru ok ma" amboi, amik berat btul staff aku ni. hehehe...

Next week aku takmo main, nak rest kaki jap. Aku rasa makin meningkat age aku, makin teruk sakit kat kaki. Maybe sbb dulu kaki penah injured so dah tua mula la sakit balik.. haih... ati mau main, tp tgk kaki rasa terbantut plak.. huhu