Monday, August 6, 2012

Syukur Alhamdulillah.. 7 months...

Syukur ke hadrat illahi, Allah telah makbulkan permintaan kami sekeluarga. Setelah kami berusaha utk mendapatkan 2nd bby dr tahun lepas dan akhirnya tahun ini, aku pregnant. Dalam pejam celik..pejam celik.. tak sangka sudahpun 7 bulan kandungan aku skang. Rasa tak caya, masa begitu cepat berlalu. Tau2 tinggal lagi 2 bulan aku akan lahirkan bby ni. Alhamdulillah!..

Dalam masa yg sama gak, tuhan telah berikan aku ujian dan dugaan terbesar buat aku apabila pada awal kandungan aku mengalami Cyst Ovarian. Pada mulanya aku mmg blank bout Cyst Ovarian ni. Bile doctor scan and find out ada satu benjolan besar agak2 dalam 5cmx4cm (sebesar jantung kita). Aku mengalami stressful sgt2 bila mengenangkan doc tu bgtau yg aku ada Cyst pada usia kandungan aku baru 1bulan. Doc tu cakap, bile melebihi 5cm ... mereka akan membuat pembedahan utk membuang cyst itu. Aku dgr masa tu, allah! aku menahan sedih sementara mendengar penjelasan dari Doc ttg Cyst. Doc klinik tu suggestkan aku utk berjumpa Doc Pakar utk membuat rawatan lanjut. Doc tu cakap tak merbahaya, ia takkan ganggu pada kandungan bby kerana cyst tu berada luar katung bby. Doc suh aku jgn bimbang, tp dalam pala otak aku ni dah mcm2 duk pikir. Lepas aku kuar dr Klinik, masuk keta, bercucuran air mata aku menahan sedih.. rasa cam tak caya, tgh happy sbb aku pregnant tapi dalam masa yg sama gak, aku ada cyst.. adoi.. Puas juga laki aku memujuk aku suh sabar... dia kata jgn bimbang sbb cyst aku tak serius mcm cancer or tumor. 
Camni la bentuk Cyst ... Ia akan terjadi pada semua wanita sahaja sama ada pregnant or tidak pregnant, jadi berhati2 lah.. huhu.

2-3 malam aku tak tenang utk tido makan semua... dan 2-3 mlm tu jugak aku buat research dlm internet tentang Cyst Ovarian.. dan hampir ke semua wanita yg pregnant seperti aku mengalami sakit seperti aku. Ada setengah org sampai kena operate ketika pregnancy... ada juga selepas bersalin baru cyst itu di buang. Ntah la, aku jdk kurang semangat waktu itu. Hampir seperti putus asa. Dalam pala otak aku duk pikir pasal Operate je.. huhu. Atas nasihat laki aku, dia suh aku focus utk jaga kandungan tu. Dia ckp, "jgn fikirkan sgt pasal cyst tu.. buat tak tau je..lagi di fikirkan lagi tak jaga la kandungan tu. Dah la kite ni susah nk try dpt bby yg 2nd nih" Bila aku dgr dia ckp camtu.. baiklah! aku cuba utk focus jaga kandungan ni sampai la aku jumpe doc pakar, alhamdulillah, doc kata cyst aku ni tak serius.. its depends on brapa besar cyst tu sama ada mengecik or membesar.. Bila di scan2 cyst aku makin mengecik size nya dr 5x4cm sampai la 4x3cm. Doc pakar ckp, memandangkan makin mengecil, so doc decide utk tidak operate. Malah akan memantau Cyst aku dr masa ke semasa. Memang ternyata, semakin besar kandungan aku, semakin mengecil cyst aku. Tp, mengecil pun bukan secara mendadak.. depends la size dia camne. Sejak itu lah, aku langsung tak fikir lagi pasal Cyst, malah aku menjaga betul2 kandungan aku sampai la ke harini.. Alhamdulillah... Mungkin la, after aku delivered if Cyst aku tak hilang, mereka akan buang Cyst aku after delivered. Huhu .. T.T takutnye...

Takpe yang penting, bby dalam perut ni sgt aktif dan sihat. Kami tak sabar nak scan 4D nk tgk muka bby tu camne.. hehehe

No comments:

Post a Comment