Monday, October 1, 2007


[*] 10 Hari Lagi Nak Raya! yey! [*]

Alhamdulillah, selama 2 minggu lebih aku berpuasa, sedar2 ada 10 hari lagi nak raya.
Persiapan aku untuk raya tahun ni, ermm.. takde la voque la divass.. hehe.. ala kadara je
Raya tahun ni aku tak rasa nak beraya sakan. Baju raya pun aku beli sehelai, lagi 2 helai aku tempah jahit je. Gune kain ela beberapa tahun yang lepas. Aku pun tak ingat bile aku beli kain tu.. hehe.. lagi satu kain tu kawan aku bg masa besday aku yang ke 20 tahun tak silap aku.. uwaa.. kalu kawan baik aku tau aku tak gune kain dia wat baju.. hangin dia.. hehe.. "sori nor, aku malas tul nak anto kedai jahit!..hehe"

So, tahun ni baju raya aku ada 3 helai yang kain nye takde la segelamer artis.. ada blings2 kelip2 sana sini ok... hehe. Baju aku cukup simple dan tiga2 baju tu semua aku buat baju kurung. Takde da kain glamer.. Dan tahun ini juga..
mak aku pun tak buat kuih raya.. masing2 bz ngan kerja. Adeh, rindu plak saat2 buat kuih raya dulu. Sibuk nak adun tepung, nak buat biskut badam, biskut kacang, biskut coklat chip, biskut almond london.. hehe teringat aku masa buat biskut tu... tgk coklat die yang baru lepas masak, die punya cair tu mengiurkan aku.. adoi, sedapnya.. rasa nak aku tonggang je coklat tu.. yum..yum.. hehe. Tapi sayang, this year..no cookies2 for raya.. kuih tunjuk je ada.. hehe nak wat camne. Masing2 mcm takde minat nak buat kuih raya tak seperti dulu kala... haihh...!

Dan kenapa aku rasa mood untuk raya tahun ni tidak seperti tahun2 yang lepas.. sebab aku terkenangkan arwah atuk aku. Arini 2 Oct, dah 2 bulan arwah atuk meninggalkan kami. Aku teringat cerita mak aku masa sahur semalam.. kisah nenek aku. Mak aku cerita sambil perasaan hiba juga.. nak taknak.. mengalir juga air mata mak aku sambil menceritakan kisah nenek aku. Mak aku cerita, beberapa hari yang lepas, mak aku call nenek aku, cerita pasal raya tahun ni. Nak sambut bagaimana, anak2 semua nak kena pulang awal sehari sblom raya dan sebagainya. Dengan suara lemah nenek aku kata, tahun ni nenek aku tak rasa nak sambut raya...kalu bole takyah buat lemang or ketupat. Tapi mak aku membantah, mak aku tetap nak buat ketupat.. tapi guna yang instant la.. kalu nak anyam ketupat.. memang adik beradik mak aku tak tau sempat buat ke tak.. Kalau tak dulu masa arwah atuk aku ada, dia lah yang membuat ketupat dan nenek tukang bantu dia. Mungkin nenek aku da tak punya perasaan untuk sambut raya. Maybe dia teringatkan arwah atuk aku. Nenek aku kata, lepas ni raya nenek aku takmo raya kat kampung. Nenek aku nak raya tempat lain.. nak raya jauh2. Mak aku dengan sedih dengan statement nenek aku kata camtu. Aku juga turut rasa sedih, aku sudah mula merasai kekurangan raya tahun ni. Bukan sahaja arwah atuk aku, malah arwah auntie nora juga turut tiada. (Isk..isk.. rasa nak mengalir air mata je ni)

Mak aku turut bagitau, yang pak teh aku di kampung berbuka puasa dengan nenek aku pada hari pertama puasa...
pak teh beritahu, nenek aku menangis pada hari pertama bebuka puasa, lebih2 lagi kebetulan pula pak teh aku beli kuih kegemaran arwah atuk aku pula... lagi la hiba nenek aku. Pakteh aku kata.. dia juga rasa nak menangis tengok nenek aku menangis... last2 semua menangis masa berbuka puasa tu. Aduhh.. hiba aku mendengar mak aku cerita, mak aku turut mengalir kan airmata bile ceritakan kisah nenek aku. Mak aku kata, nenek aku tak punya sedara mara.. dia hanya sorang2 je. No wonderla nenek aku hiba sebab insan yang selalu menemani dia di pagi syawal dah tentu atuk.. tapi...haihh!. ("Nenek, walaupun cucu nenek semua ada di pagi syawal, ina tau, nenek tetap sunyi tanpa atuk")

Dan aku tidak sabar hendak menziarah kubur arwah atuk n auntie nora. Aku dapat merasakan, kemungkinan waktu itu, nenek aku mesti menangis. Apapun.. aku akan cuba menemani dia agar dia rasa tidak sunyi pada pagi syawal nanti.

"Aku rasa nak nangis ni... adoi.. tak baik nangis time tengah puasa ni.. makruh laa.. adoi"

"Buat kengkawan semua... Sempena raya menjelang tiba ni, Aku ingin menyusun 10 jari jika aku pernah terkasar bahasa, terguris hati Ampun maaf di pinta. Bulan yang mulia seharusnya bermaafan sesama sendiri Dan jika aku ada terhutang apa2, halal kan makan minum aku. Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf dan Zahir yer...! Batin2 takde tau! Jika ada kelapangan.. datang le kerumah aku ye... hehe"

3 comments:

  1. jgn la ko sedih.. aku pun sedih gak ni.. nnt raya takde atuk aku.. rasa mcm kurang je..
    Ko pun tak balik mesia lagi bulan ni.. nk raya umah ko camne plaak.. uhuk2...

    ReplyDelete
  2. layaaa... layaaa... wa layaaa @ Kota London... a.k.a KL... wahahaha

    ReplyDelete