Tuesday, February 22, 2011

3 Tahun... Syukur Alhamdulillah...


Happy 3rd Anniversary!!!... to my luvly hubby... thanks for everything.. i always love u.. always!!

Syukur Alhamdulillah... sudah 3 tahun kami menempuh alam perkahwinan.. dan berbagai2 dugaan kami harungi bersama. Perit, lelah, sakit, tangis semua kami lalui bersama. Dan kerana tuhan panjangkan usia perkahwinan kami, kami masih teguh meneruskan perjalanan hidup kami sehingga hujung nyawa kami berdua.

Dan alhamdulillah... keranaNya juga lah... setiap detik .. kau limpahi jua rezeki pada kami.. dgn kurniaan cahaya mata yg paling berharga dalam dunia. Kami bersyukur tidak terkira, kerana inilah kami mahukan pada bermulanya kehidupan kami sbg Suami Isteri yang sah.

"Ya allah, pjgkan la usia kami berdua dan juga limpahi la kami rezeki & zuriat.. kami bersyukur padamu kerana Allah, kami hidup bahagia bersama. Walaupun ada jua rintangan dugaan yg kau berikan.. kami dgn sabar dan redha menempuhnya. Kerana kami tahu... dari Allah kami datang dan dari Allah  jugalah kami pulang. Semoga Allah berikan keberkatan dan kekuatan kepada kami.. agar kami teruskan hidup kami bersama hingga akhir hayat. Kami hanya merancang.. tuhan yg menentukan segalanya. Amin"

To Mohd Faizal Sarif @Hubby,
Syg, terima kasih menyayangi kami berdua, menjaga kami, membelai kami, menyara kami, melayan kerenah kami, tapi.. u tetap tabah menempuh sebagai seorang hubby & ayah. Adamasanya u terpaksa tahan dgn sikap ego i, panas baran i, tapi u tetap melayan i sbg teman hidup u dan juga sbg seorang isteri yg penuh dgn kerenah hingga ada tahap u sendiri pun pening. I know i'm wrong, i ada buat u sakit ati but u still layan i as a bestfriend, wife & mother... u respect i, u syg i, u amik berat ttg i, u jaga i,  even though u try to comfort me when i'm feel down... i feel so grateful becoz i've never met others guy coolest as you. Thank you for everything.. thank you for being a part of my life. Sharing our life together forever. I Love You & Harith Mikhail So Much! and Happy Anniversary! xOxO

This is for you ,dear!... (i made it by myself ok..hehe)

Saturday, February 19, 2011

Due Date Movie...

Ok.. since aku duk umah download movie ni laaa kegiatan aku. Since dah rajin mendownload ni... mcm2 movie aku tgk..So, aku try download movie ni.. Due Date.. 1st impression aku nak dowload movie ni mcm takut2 gak.. bukan takut apa.. takut tak sedap movie nye..

Jadi dengan nekad aku download, sambil carik subtitle eng utk movie.. and finally dpt gak aku download. So aku tgk movie ni with hubby aku.. mmg funny aku tgk cite ni.. Ada 2 watak yang berbeza.. Peter Highman (Robert Downey Jr.) mmg agak serius dan tegas. Ethan Tremblay(Zach Galifianakis) yang agak funny dan selamba ... 

Actually, cite ni mengisahkan dua org yg huru hara.. Mereka berkenalan di Airport dengan tidak sengaja. Peter kena pulang ke Las Vegas utk bertemu isterinya yang tgh sarat mengandung.. (bak kata org tgu masa nk beranak je) then Peter yang sibuk dgn urusan kerja sbg Arkitek. Jadi, dalam perjalanan ke Airport di situ lah die bertembung dengan Ethan Tremblay yang kebetulan juga ingin ke Airport. Dari situ lah berlakunya huru hara yang agak melampau hinggakan Peter terpaksa mengambil jalan yang jauh hanya menumpang kereta yang di sewa oleh ethan gara2 berlaku kekecohan dalam Flight. So, dalam perjalanan itulah berlaku bermacam2 hal hinggakan akhirnya mereka sampai juga ke LA... hahaha.. 

Cite ni quiet funny sbb Pelakon Ethan Tremblay (Zach Galifianakis) ni yg seorang funny dan seorang yang mengambil berat. Aku tgk jalan cite ni.. aku still bole layan.. dan aku bg remark bintang utk cite ni 3 star. 

Apapun, sapa2 yang rasa suke tgk cite komedi yang tak melampau sgt.. aku leh rekemen cite ni bole tgk. Its about caring and friendship. hehe.. anyway.. sapa2 yang berhajat nak tgk cite ni.. di alu2kan tgk la movie ni.

Got 3 days Left!

I'm still counting.. and counting.. and again.. counting!..

Oh i cant wait this wednesday!.. 23rd Feb... come on.. faster! hahaha..

Well honey, i do still remember ur words when we at the 1st time fell in love.. 
"Just let our love grow and i luv u so much..."

And until now.. i do believe this words... and Yes! we still let our love grow and grow.. with naturally... i luv u too...=)

Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day laaaa sangaaaatttt!


Ok.. aku tau ada org sibuk duk nak celebrate Valentine's Day with ur loving one...

Tapi..... haih... sedih aku tgk org still tak paham bahasa tak paham ttg agama kita yang melarang jangan kita menyambut benda2 yang mmg terang2 adalah HARAM.

Ni aku nak share sikit tu all my friends and saudara islam yang sedang membaca blog aku, aku nak share sikit kat korang.. ni aku amik petikan dari blog seseorang yg bubuh explaination bout Valentine.... :-

Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut ‘Syuhada’) yang kerana kesalahan dan bersifat ‘dermawan’ maka dia diberi gelaran Saint atau Santo. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.

Tetapi sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’ tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta ‘supercalis’  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang ‘martyr’ bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh dari erti yang sebenarnya. Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine melalui greeting card, pesta persaudaraan, bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Credit to : Luna Qiszara (owner blog)

Dont u get it? if we sayang Allah, then forget bout to celebrate Valentine's Day. 

**Semoga umat2 islam di zaman skang ni lebih bijak menilai mana yang Haram dan mana yang tidak Haram especially anak2 mudah sekarang...

The Social Network

Ok. Last few days aku ada watch this movie dan aku kagum dgn movie ni. 

But before that, Aku tak tau movie ni awesome pada aku la. Sejak kebelakangan ni aku rajin download movie from torrent. Aku try survey movie2 mana yg best utk di tonton kat rumah. So, ada skali aku breakfast with my hubby kat rumah.. aku watch dekat astro channel apa ntah aku pun tak ingat... Star World kot aku rasa. Then, kiteorg tgk la ada satu majlis like Oscar Award.. Tapi ini bawah skit dr Oscar la.. kalu Oscar award ni mcm utk grand2 punye award. Yang ini utk Golden Globes award. So, bile aku tonton Golden Globes ni.. byk juga film2 yang bertanding especially The Social Network. 

Then disebabkan aku ni selalu ketinggalan movie2 yang latest ni... Aku duk bertanya movie apa ni sampai byk juga anugerah dia bolot. Bole dikatakan movie2 yg lain kalah dgn The Social Network. So aku bajet dgn tajuk dia tu aku imagine like movie yg skang sibuk org duk ada Myspace, Friendster, Facebook, Twitter,.. dan aku imagine lagi mesti stock cite ala2 remaja sibuk dgn dunia Social network dengan bercinta dunia siber... tapi sangkaan aku mmg SALAH.. 

So aku cube buat research bout this movie.. aku try carik review org2 yg dah watch this movie.. dan aku try tgk trailer2 movie yg dorang download from youtube. Bile aku baca review.. rupanya baru aku tau. Dorang buat movie ni mengenai Pengasas org yang create FACEBOOK... Mark Zuckerberg. Dan aku teruja nak sangat tengok movie ni.. aku pun try search and download movie tu.

Lepas dapat download, aku tgk movie ni permulaan cite mmg org kata susah nk brapa faham, coz die menggunakan dialog komputer dia.. maksud aku Coding html. and mmg aku blank la pasal coding2 ni. tp tak most of the cite die tunjuk coding html.. tp die more menceritakan bagaimana dia bole mencetuskan idea2 yg begitu brilliant hingga laman Facebook tu bole mencecah 500million dalam jangkamasa yg pendek. Punya la org ramai obses dgn facebook sampai dalam sekelip mata sahaja... Mark Zuckerberg ni tak expect yang Facebook ni mendapat sambutan begitu memberangsangkan. Tapi itulah yg dorang buat movie ni buh tajuk "You Dont get to 500million Friends Without Making A Few Enemies" dalam masa yang sama.. masa Mark baru menubuhkan Facebook, dia kena saman dgn beberapa org yang memberikan idea pada Mark ni utk membuat laman social network utk Kolej Harvard.Edu.com. Dan Mark menggunakan idea mereka utk membuat halaman web dia sendiri iaitu Facebook. Dan lebih menyayatkan hati, Mark juga di saman oleh teman baiknya  Eduardo Saverin yang menjadi CFO dlm facebook. Akibat Mark leka dengan hasutan dari Founder Napster suatu ketika dulu iaitu Sean Parker. Mark hampir lupakan kawan baiknya, Eduardo hingga teman baiknya mengambil keputusan utk menyaman Mark Zuckerberg.

Aku jadi teruja dengan jalan cerita dia.. and no wonder movie ni mmg layak dapat award. Kalu korang jenis suka tgk movie reality life story ni.. better watch it la.. Aku bg 4 an a half star utk movie ni.. Bagi aku, Mark ni seorang yang genius, terlalu genius hinggakan dia menjadi the youngest billionaire in the world!... walaupun dia belajar kolej in half way sahaja. But he can make his own website yang seluruh dunia gunakan web dia utk social network, korang bole create ke?? hahaha aku pun langsung la tak reti...hehe.. patut la aku tgk Blog Serius, story bout Mark life yang dia hanya mempunyai rumah yg tak la begitu org kata ...skali tgk rumah ooo ok org ni mmg kaya raya... Tp tidak bg Mark. He's a low profile person. Seorang kaya raya tapi seorang yang tidak gilakan duit tidak suke enjoy life mcm org lain yg dah kaya tapi sibuk enjoy sana sini, sibuk dgn dadah... hurm.. susah juga nak jadi mcm dia.. org bole sakit mental yang sibuk membuat laman web tanpa berehat dan tido secukupnya. Gile la Mark!

Aku suggest better to watch it this movie... thumbs up for the director of this film... ;-)

Thursday, February 3, 2011

Sepang Gold Coast!

Ari selasa aritu kiteorg pegi Sepang Gold Coast. Tak planning pun.. main redah je. Konon nak try je la pegi. Dan akhirnya kiteorg sampai juga. Perjalanan mengambil masa hampir sejam juga.. maybe sbb kiteorg 1st time sampai ke sana.. jalan mmg terkial2 la nak mencari. Tapi alhamdulillah sampai juga kami di sana.

Kami sampai excited bukan main. Harith pada awalnye agak takut juga memijak pasir2 pantai ni.. maybe die rasa lain kot pijak pasir tu.. jalan pun agak berhati2. Kami takde la bawak anything like bekal ke sandwiches ke... ye la ni planning main redah je.. haha.. so takde la preparation bekal2 for kiteorg nk beriadah. Cuma plan nak makan seafood kat area2 situ lepas kiteorg lepak2 area tepi pantai.

Harith dah makin berani memijak pasir dan makin dekat dgn persisiran pantai. Dia makin galak melihat air yang lalu di kaki nya. Macam patung juga dia diri tegak je bile air laut lalu di kaki dia. hehehe... tapi makin lama makin suke plak die nak main air. Ah sudah! aku tak bawak baju spare byk pun.. dgn pampers dia dah melendut ke bawah penuh dek air kencing die je.. aku jadi rimas plak tgk pampers dia. Nasib aku bawak spare pampers. Kalu tak parah aku.. bawak pun sehelai suar je.. baju tak bawak. Tak expect la dia makin suke nak main air laut. 

Lepas dah meragam anak aku menangis2 nak main laut. Kiteorg pun heret die la ke kereta dgn melalak tak ingat dunia.. sambil aku salin pampers & seluar dia. Kiteorg terus bergerak carik tmpt2 nak makan seafood. Carik2 jumpe la satu tmpt tu. Aku dah lupa apa namanye.. but quiet sedap gak la masakan dia. Aku mcm biasa la.. pilih ikan pari bakar.. my fave! sotong masak sambal, sup sayur campur, hubby aku makan ikan terubuk bakar.. kiteorg melantak tak pandang kiri kanan dah.. sedap punye pasal.. lapo pun iye juga.. haha... Lepas settle makan kiteorg terus beransur pulang dgn kekenyangan. Hehe.. nxt time nk dtg lagi.. maybe lepas ni kiteorg buat BBQ di sana.. or picnic sambil beristirehat.. ;-)

Karok la ko puas2! haha..

Karok!! ok dalam erti kata ialah Karaoke. Actually, aku and the others (Ereen & Shah) dah planning lama utk berkaraoke bersama2 tapi masing ada hal.. so finally, our planning menjadi!... segala usaha utk mencarik tarikh dan waktu yang sesuai. Akhirnya kami mendapat sepakat berkaraoke bersama.

Ahad lepas  30 Jan 2011, Kami bertemu di Sunway Piramid. Ok utk pengetahuan korang dah sah2 aritu ialah hari org cina sibuk membeli belah for their Chinese New Year. Semua tempat pack to the max! aku sampai depan entrance sunway piramid, tu dia berjelaaaaarr que org nak parking. Aku dah bajet comfirm setiap basement parking org ramai. Then, aku sms Shah (my colleague friends) tanye dia takut dia dah lama waiting at Redbox tu. Alih2 aku call die rupanye si mamat ni tgh que jugak. Haiyaaa, i thought i was late!. Then my friend told me that my sis already there at Redbox and dah masuk room pun. Aku rasa lega skejap coz one of us dah reach there and take the rooms. 

Aku nekad utk park kat open parking. Ada satu open parking there tak byk kereta park.. and aku try park situ dgn harapan jgn la charges park terlalu mahal kat situ.. but when i was enter that place, there no one who collect the money for pay the parking. Aku pun apa lagi park then terus chow la.. Agak rasa dlm 5 mins gak la menapak dr park tu sampai ke Redbox.

So aku sampai2 sana, aku tanye kaunter amoi ni jaga. Dorang show which rooms aku kena masuk. Sampai pintu depan tu aku dah terdgr suara org dah bantai melalak menyanyi.. aku dah syak ni mesti bf adik aku si Darul menyanyi ni. Aku masuk tgk tu diaaa..... si Darul menyanyi  lagu rock kapak. Aku dah over excited dah nk nyanyi walaupun dalam malu2 arnab!.. hahaha.

Me & My Sis...
My sis & Her Bf.. Darul
Then, kiteorg pilih2 lagu.. kawan aku si shah pun sampai. Keadaan situ jadi huru hara la.. riuh rendah ngan kiteorg.. hahaha... macam2 lagu kiteorg nyanyi.. ok fine korang nk gelak kiteorg nyanyi lagu apa.. tapi kira ok what! at least we're not poyo ok! hahahaha... dari nyanyi lagu stacy la, anuar zain la, kak ning la, pehtu kerispatih la, abba la, coldplay la, paling tak tahan BSB ok! haha.. Meet Uncle Hussein la sgt..!! Bunkface pun ada.. Lady Gaga.. hahaha.

Me & Darul
Shah & My Sis
Adoi bile teringat apa yg kiteorg buat that day.. mmg dah serupa mcm org tak ingat anak bini dah.. hahahaha. Apa2 pun, aku enjoy sgt2 with Shah, my sis and Darul. We having lots of fun dgn gelak ketawa terbahak2.. hahahaha very the kecoh!! ok.. hahaha

Tak sabar nak pegi lagi with them.. hope kite still continue karok lagi sama2 ye!! hahaa... aku enjoy gile2 babeng!  =)