Monday, April 27, 2009

Dedicated To My Lovely Sis...

Reen,

Aku tau ko byk tertekan dan stress semenjak akhir2 ni. Walau apa pun decission ko dan juga kehendak ko... kami tak paksa untuk memaksa diri ko. Kami cuba yang terbaik untuk ko.

Jangan lupa, setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya utk ko dan dia. Jadi..aku doakan ko jgn cepat melatah dalam kehidupan ko. Banyak2 bersabar dan juga banyak berdoa pada Tuhan yang ko mahu di beri petunjuk.

Kami sekeluarga tak menghalang dan juga hormati keputusan ko, ok!...

Be Strong, Lepas ni... seblom membuat keputusan.. pikir panjang ok... kami ada di sini dont worried!...

Monday, April 20, 2009

Seorang Isteri dan Ibu...

Sedar tak sedar sudah setahun 2 bulan aku sudah menjadi isteri pada Mohd Faizal Sarif. Aku masih rasakan yang aku masih baru menjadi isteri orang. Tapi, kali ini...aku benar2 merasakan aku dibahagikan kepada 2 tugas yang pada asalnya hanya satu tugas sahaja. Tapi setelah wujudnya orang baru dalam keluarga kami..ia sudah menjadi double tugas..hehe.. Dan inilah keistimewaan menjadi isteri dan ibu pada seorang anak. Tugas untuk melayan kerenah suami dan tugas melayan kerenah anak. Kedua2nya, cukup membuat aku rasa bahagia. Walaupun adakalanya ia amat mendugakan aku..tapi aku rasa tak perlu untuk aku mengeluh semua ini...Kerana inilah tugas aku yang sebenarnya.

Adakalanya aku berasa sungguh terharu, kerana tuhan menganugerahkan cahaya mata untuk kami. Kerana anak aku telah mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga. Bukan maksud aku sblom ni tak close.. mmg terlalu close sblom ada anak ni.. tp hubungan kami berdua menjadi terlalu rapat kerana adanye dia. Dan aku sebagai ibu, amat rasa selesa skali bila dia sudah kenal rupa aku dan setiap kali aku memanggil namanye...dia sudah tahu yang ibunya sedang memanggil dia. Dan terus terang aku katakan, ini lah saat paling bahagia sekali setelah aku berkahwin dari seblom aku berkahwin. Sebab apa aku kata bahagia, kerana aku menjadi seorang isteri dan ibu dalam pada yang sama. Dan semua tugas itu bole dilaksanakan dengan rela hati tanpa rungutan atau kekesalan dalam diri. Inilah yang aku mahu dalam hidup aku. Seorang suami disisi n hati aku dan seorang anak dalam nyawa aku. Tanpa mereka, tak complete la life aku.

p/s : cewah.. tetiba lak aku terasa emosi.. hahaha.. tp mmg benar apa yg aku rasakan skang ni.. jadi buat kengkawan aku yg baru plan nak kawin or da kawin.. suatu hari korang akan rasa apa yg aku rasa skang ni... aku rasa, huzaiba akan rasa sejak bergelar suami dan ayah.. betul tak huzaiba? hehehe...

Amik ikhtibar...dan jadikan pengajaran..

Bercakap dan Berkata2 sesuatu perkara memang mudah tanpa perancangan dan komitmen.
Akibatnya...sesuatu perkara itu takkan menjadi.


Bila tidak menjadi, lalu memudaratkan bagi semua pihak.

Dan endingnya.. EVERYTHING THAT U WAS PLANNED.. GONE JUST LIKE THAT!


Selepas itu, tidak perlu ada lagi penyesalan dalam diri kerana peluang itu hanya datang sekali dan takkan berulang kembali.

p/s : Jangan terlalu leka dengan apa yang ada pada sekeliling ko, tapi dari isi hati orang yang ko paling sayang ko tak amik peduli.. so at the end, she giving up just because u dont give attention to her... sian die....haihhh!..

*Susah kalu kite tak menjaga hati org yang betul2 menyayangi kite.. dan kite tak hargainya... jadi, hargailah setiap apa yang dia lakukan untuk kite dan sayangila die sepenuh jiwa raga.

Rumah Baru... yeay!

Haih! tak sabonye nk duk umah baru. Rumah da dpt sewa...tp still tak setting2 lagi umah tu sbb masing2 terlalu byk keje dan timing aku bekerja agak terhad membuatkan rumah sewa kiteorg ni tak setting abih2 lagi. Last few weeks, da dpt cat da dinding kat ruang tamu tu.. dan kiteorg puas hati sgt2. Sofa kiteorg da beli.. siap letak kat ruang tamu tu da.. brg2 pun ada yg skit dpt anta kat umah tu.. Cume ada certain barang2 yang blom kiteorg dpt beli lagi... peti ais, mesin basuh, katil, tilam semua tu belom beli. Barang2 tv, radio hi-fi, dapur semua tu da ada tapi tak bwk2 lagi dr umah sewa lama laki aku. Ntah bile la agaknye nk bwk brg2 semua tu.

Masing2 tak cukup masa nak setting barang2 tu. Adakala tu kesian juga kat laki aku angkat brg sorang2 kemas umah tu. Tapi aku tau die tak kisah penat letih tu semua sbb die tgh excited ngan umah sewa kiteorg ni. Lagi 70% lagi nk setting semua kat umah tu. Byk lagi yg terbengkalai, takpe.. aku da ckp kat laki aku.. biar bulan ni rumah tu lambat setting.. tp yang penting bulan depan kite da bole duk umah tu.

Yang paling tak tahan nak angkat barang tu sbb umah kiteorg ni tingkat 3.. mak aii mcm nk tercabut nyawa rasa bile da sampai tingkat 3. Hahaha!... lift takde plak tu.. kena gune tangga.. haih! sabo je la.. kalu brg ringan2 tu bole lagi.. tp bile kiteorg kenangkan meja makan, tv, radio hi-fi, mesin basuh, peti ais, fuhhh! jenuh nak angkat tu. hehe...bulan ni kite sakit badan2 skit bang!... tp takpe yg penting semangat tu ada.. hehe.. aku tak sabo nk hias umah ni. Nanti umah ni da siap 100%.. aku nk buat house warming.. nak panggil member2 aku dtg umah tgk umah sewa kiteorg dan baby kiteorg bg sesiapa tak sempat lagi nak tgk die. Hehehehe... mesti ada makan2....dont worry!... yg tak tahan nye nnt.. bilik kiteorg satu tu akan dijadikan studio utk segala keperluan dr CDs, Kaset, Komputer, Radio, Guitar...yg berkenaan ngan music things... dijadikan satu khas utk laki aku nak jammin sorang2 dlm bilik tu agar tidak menggaanggu ketenteraman anak aku nak tido nnt. Hehe.. tul tak bang?.. hehe

Hopefully, segala perancangan kami berjalan dengan lancar dan harap2 segalanye menjadi.. amin!.. hehe..


p/s : tak sabo tul ni!... nk pegi ikea sgt2 ni, tgk brg2 furniture kat sana.. mmg cantik sgt2.. tak sabonyeee!

Remember our time... our lagenda..

Pagi ni sedang aku sarapan kat Tesco Canteen.. Aku duduk di tepi cermin tingkap...leka juga aku menjamah nasi lemak makcik yg dulunya aku pernah menjadi regular customer. Mungkin agak terlalu byk kali makan menu yg sama.. aku beralih arah pada makanan yg lain... biasa la dah tiap2 ari makan menu yg sama.. lama2 bosan gak. Oh ya.. back balik cerita tadi, so..aku leka tgk keadaan diluar tesco.. aku ternampak satu building... yang agak nak kata lama.. bole dikatakan lama gak la beberapa tahun bangunan tu di bina. Tiba2 aku ternampak satu signboard kedai yang dulunya agak cantik papan tanda tu..(almaklum la.. baru bukak dulu mesti la cantik) tapi sekarang agak luntur juga tulisannya dan warnanya juga sudah pudar...

Aku amati lama juga pada papan tanda tu... ia tertulis Studio Muzik bwh dia tulis Irama Muzik.. pelik juga title tu.. dah la tulis Studio Muzik.. then bwh die tulis Irama Muzik.. hurmm brapa byk nak tulis 'MUZIK' tu?... dah takde idea la kot nk buh nama kedai tu. Sedang asyik melihat papan tanda tu.. Tibe2 dalam fikiran aku, mengimbas semula saat2 kegemilangan aku, ereen, adek, adik puchong, ujeng, awie, Boogie, & pali. Pada waktu itu, aku mmg blank ttg studio jamming ni,... walaupun pada waktu itu aku aktif ke gig melihat kugiran yang beraksi di gig pada waktu itu. Bole dikatakan, zaman2 genre old-school, fast old-school & Thrash agak popular ketika itu.

Pada ketika itu, kami (aku, ereen, adek, boogie & adik puchong) selalu lepak bersama... setiap petang ada saje aktiviti kami. Lepak minum, petang adek & ereen pegi skate park. Pada waktu itu adek & ereen rajin main skateboarding. Aku cume tukang tengok je la.. hehe sbb aku tak reti main menda alah ni.. kalu setakat inline skate tu.. no problem! mmg aku terer la. So, setiap kali adek n ereen bermain skate..kiteorg akan pasang lagu2 yang selalu menjadi peneman kami.. antara lagu2 yg selalu kiteorg dgr.. Ramones, Second Combat, Fast Game, Youth Of Today, Bane, Travis, Manliftingbanners, Highscore, Radiohead, Muse, Carburator Dung, Linkin Park (1st album la yg besh sekali) etc la. tak ingat terlalu byk kiteorg dgr. So, bile da terlalu byk dgr lagu2 kugiran2 dr scene international dan juga malaysia.

Timbul la idea dr adek yang mengajak jamm utk suke2. Pada waktu itu, aku mmg blank tak reti nak main instrument sgt. Setakat petik gitar kapok tu pun blom pass lagi. Baru belajar dr cousin aku tak katam lagik. hehe... jadik, aku cube utk blaja bermain drum..sbb aku minat main drum.. Aku dari dulu mmg teringin nak pergi studio jammin.. cume sygnye tak cukup kaki nak jamm bersama. Even aku ni buta chord gitar tp aku bole cepat blaja chord2 gitar. So, dari situla kami bermulanye utk jammin suke2. Tempat yg menjadi tumpuan utk kami jammin di Studio Muzik Irama muzik tu la...dan telah menjadi regular customer di tempat itu. Studio die agak kecik tp bg kami tak kisah besar mana pun as long kiteorg bole jammin. Dan aku tak ingat da brapa harge bg sejam. Mmg lama gak la dr tahun 2001 tak silap aku, kiteorg terjebak menda2 ni.

So, position ttp kami pada ketika itu aku sbg drum, adek sbg gitaris, ereen & adek puchong sbg vokalis & boogie sbg bassist. Jadi, antara lagu2 cover yg kiteorg bwk pun tak byk, kiteorg byk bawak lagu kiteorg sendiri. Yang paling excitednye ialah bile lagu pertama kiteorg menjadik dan kiteorg siap record gune radio tape recorder. Lagu yang pertama kiteorg berjaya siapkan ialah 'We Dont Want to Divide'. Masa tu adek yg cipta lagu tu dan adek n ereen yang buat lirik utk lagu itu. Akhirnya lagu itu menjadi dan bole dikatakan setiap kali jammin lagu itu yg akan kami praktikkan. Dan paling membuatkan kami terlalu excited membuat lagu.. akhirnya lagu kedua kiteorg pun berjaya di siapkan..lagu kedua kami ialah "Young of Spirit".

So, akibat kami teruja dengan 2 lagu kami.. adek membuat keputusan untuk membuat band dan menjadikan band ini band serius. Adek memberi idea utk membuat band sebagai band genre oldschool...dan menyuruh aku pikirkan nama band yg sesuai buat band kami. Aku n ereen memikirkan nama paling sesuai..dan aku yg memberikan idea kepada adek yg aku ingin letak nama band ni Last Minute. Sbb kenapa aku buh nama band tu... setiap karakter dalam lineup kiteorg ni selalu buat keje lastminute...nk jammin pun lastminute planning, buat assignment pun lastminute siapkan, buat keje pun sama... so, lastminute ni pun takde meaning apa2 utk scene cume apa yg perlu ialah jgn suke buat keje di saat2 akhir.. akibatnya nnt mmg byk masalah akan timbul.. haha..

Selepas itu, sedang kami rajin jammin.. salah seorang vokalis kami iaitu adik puchong telah menarik diri utk tidak menjadi vokalis lagi. Dan kami akur dengan permintaan die kerana die sendiri ingin keluar dr band atas sbb2 tertentu. Memang tak lama pun die dalam lineup kiteorg. Die agak sukar utk memberi komitmen pada band kami..lalu die menarik diri. Tinggal lah ereen yg menjadi vokal utk band kiteorg. Dan kami berempat sahaje yang tinggal. Dan dalam beberapa bulan, ada berlaku salah faham diantara kami..dan kami semua memutuskan utk bubarkan band ini dan tidak jammin lagi bersama. Masing2 membawa haluan sendiri.

Agaknye mmg da jodoh kami untuk bersama kembali, kami telah bersatu semula dengan lineup yang dan position telah bertukar. Cume ereen & adek sahaje tetap dengan position die. Aku telah bertukar ke bassist dan ada seorang lineup baru telah menggantikan tmpt aku sbg drum sblom ini. Nama die awie. Die bagus main drum dari aku dan aku amat berpuas hati cara die bermain. Cume dia bukanla seorang dr scene mcm kami. Die cume insan biasa yang suke dunia muzik seperti kami cuma die tak brapa tahu genre2 lagu seperti oldschool, fast oldschool, thrash dan etc. Tapi kami tetap membantu die untuk die mendalami lagu2 yg kami berikan pada dia. Dan pali telah menjadi guide pada die cara dan bagaimana utk membawa muzik ini. Jadi, LastMinute kembali bernafas semula...cume kami masih berempat lagi dan adek ingin mencarik lagi 2nd guitar. Jadik, kebetulan aku kenal ujeng dr internet..aku telah perkenalkan ujeng pada adek.. dan akhirnya adek berpuas ati dengan cara ujeng memberi komitmen pada band..dan ujeng telah join dlm LastMinute. Dan akhirnya kami berlima.

Dalam beberapa bulan, kami sudah membuat byk juga lagu, diantaranya...We dont want to divide, Young Of Spirit, Sex For Fun?, Satisfied, Nazi Fuck Off. Dan kami membuat keputusan utk merekod lagu2 ni dlm bentuk cdr utk kami berikan pada kid kerana die sgt teruja dengan band kami dan die juga ingin menyuruh kami bermain di gig riang ria diy akan dtg. Pada waktu itu ramai yang tidak tahu kemunculan kami.. hanya kid dan rakan2 yg lain saja yg tau ttg band ini. Tapi, setelah kami berjaya record lagu2 kami... awie telah menarikkan dirinya dr band ini... dan pali telah menggantikan tempat awie.. kerana kami tiada kawan or org yang pandai bermain drum dan memberi komitmen 100% pada band ini. So, pali cume menggantikan tmpt awie hingga adek sgt berpuas ati pada pali dan ingin mengajak pali utk bermain band ini,...dan pali bersetuju. Akhirnya...kami berlima dan inilah lineup tetap kami (Aku, Ereen, Adek, Ujeng & Pali).

Kami di ajak utk bermain gig.. pertama kali buat band ini, akhirnya kami di invite utk bermain gig di King Studio, Pj. Kami di gantikan dengan salah satu band yg sepatutnya akan bermain pada gig itu tapi band itu tidak bermain dan kami di jemput utk menggantikan band itu. Saat itulah...dengan darah gemuruh kiteorg tuhan je yg tahu.. masing2 tidak tentu hala dibuatnye.. haha.. maklumla takde experience..kecuali adek n pali. Ujeng juga seperti malu2 kucing sanggup duduk tepi Amp seolah2 die tidak wujud di situ.. agak lucu juga bile aku teringat kisah itu. Berdekah2 jugak kami ketawa waktu itu bile lepas kami membuat persembahan... dan waktu itulah, ramai org tau wujudnya band kami.. dan selepas itu kami di invite lagi utk bermain gig di lain tempat. Kid mengajak kami bermain di gig riang ria diy, di blue planet. Dan itu la kenangan manis buat kami iaitu gig kedua kami yang akhirnya kami membiasakan diri kami di atas pentas.

Dan seterusnya.. gig sana sini... kami di invite lagi sehingga brapa kali dah tak ingat da.. terlalu byk!.. kami membuat lagu baru lagi sehingga la.. kami di invite bermain di ipoh, perak... di klang, johor, kl, dan saat kenangan manis takkan kami lupekan di singapore bersama domestik doktrin... Itulah kenangan manis buat kami.

Akhirnya, saat2 kegembiraan kami semua... akhirnya ujeng ingin menarik diri setelah die ingin berumahtangga..dan kami akur dengan keputusan die..walaupun kami tak rela dengan keputusan die. Tapi kami cube faham situasi die. Tinggalla kami berempat semula... dan tiada tempat ganti buat ujeng. Setiap kali, kami membuat persembahan... kami cume gunakan sessionist saje utk beraksi.. walaupun kami nampak rasa janggal sgt2.. tapi kami terpaksa. Sehinggalah pada 2006.. kami ingin membuat keputusan utk 'break utk sementara waktu'.. pada ketika itu kami membuat keputusan last minute kami utk 'break' atas masing2 ingin berumahtangga. Dan kami mengumumkan pada rakan2 semua di sebuah gig yang dianjurkan oleh united front, dan memberitahu atas keputusan mendadak kami yang membuatkan ramai terkejut dengan keputusan tersebut. Walaupun di saat ereen membuat pengumuman itu di depan rakan2 kami... mmg kesian juga tgk si ereen meleleh air mata sehingga die tidak berdaya nk berkata apa lagi... dan rakan2 kami ttp memberi sokongan walaupun kami terpaksa 'break for a while'.

So, bile aku story balik cite ni then aku imbas semula saat kenangan manis ni.. adakalanya aku rindu akan saat2 itu. Aku rindu nak jammin semula... aku rindu saat2 kiteorg ketawa berdekah2 siap terguling2 dlm studio jammn tu.. dlm bilik recording masa nak record utk part sing along beramai2 dlm bilik rec tu pun ketawa sampai nk meleleh air mata.... saat kiteorg semua pergi jelajah luar dr kl..pegi perform gig. Semuanya mmg takleh aku lupakan.. haih.. bile la agaknye kiteorg nak reunion balik semula? dpt skali jamm dlm studio pun jadikla.. ni la akibatnye bile lineup masing2 da berkeluarga ada anak ni.. semuanye terbengkalai tak jamm lagi da.. ntah2 adek (man) ingat lagi ke tak lagu2 die buat semua tu... Haiiihhh!!! T_T

Sunday, April 19, 2009

Rindunye.. rasa nak pergi lagi...

Sedang aku duduk menunggu customer dtg kat kaunter aku ni.. tibe2 aku teringat saat2 aku pergi gig.. rindu la plak. Adakalanya, aku belek2 myspace aku.. terlihat dak2 ni upload gambar2 dorang pegi gig bersama rakan2 ni.. teringat zaman aku dulu.. bole di katakan setiap minggu ada saja gig.. tak henti2.. dulu masa aku baru nk berjinak2 ke gig ni.. nak kata gig tu selang beberapa minggu je ada gig.. kadang2 dalam sebulan 2 kali je gig..

Tapi sekarang tak lagi... bole dikatakan setiap minggu ada saje gig. Macam goreng pisang panas je.. hehe. Dulu payah gak nak tgk band fave beraksi. Skang ni setiap minggu band yg sama gak main. Lama2 aku pun naik boring. Bile da tiap2 minggu je ada gig.. band yg sama plak tu... organizer je lelain.. dan setiap minggu tu plak tgk band yg sama dengan lagu yg sama.. haih!.. mcm mana tu?

Tapi time dulu sblom aku kawin ni.. kalu tiap2 minggu band yg sama especially band fave.. sanggup gak gi tgk byk kali. haha.. apa yg buat aku suke tu sbb lagu dorang aku sgt suke.. and some more.. ada sing along part, dan moshing...

Bile da rajin pegi gig.. dah terjebak plak main band. Bile da main band ni.. setiap minggu mesti nk kena jammin.. kalu tak, takde lagu baru nnt. Bile da ada lagu banyak.. kengkawan plak invite main gig dorang. Bile da main gig dorang.. penat tu tak tau nk ckp la.. dah mcm duk dalam oven je bile dlm gig tu. Ngan crowd nye.. bile da mabuk2 tu mule masing2 takleh nk control diri.. haih! mcm2 pe'el aku tgk kat gig tu.

Tapi, serius la aku ckp... aku rindu saat2 tu semua. Jumpe kengkawan, lepak borak ngan dorang.. minum sama2... kdg2 jumpe plak member yg da lama tak tuwun gig... bile tgk member yg kawin da lama tak tuwun gig.. skali aku juga mangsa mcm member aku tu.. tak dpt nk tuwun gig sbb pk da anak ni... susah nk bwk die ke gig ngan keadaan kt sana. Tgk plak org duk moshing2 kang tersepak gak kat anak aku.. nangis aku nnt.

Haih, bile la agaknye ada peluang nk pegi gig lagi ni.. rindu nk jumpe kawan2 kat sana.. nk gak tgk band baru skang ni mcm mana... ye la dah lama tak pergi gig. Apa agaknye yg terkini lagi sensasi?? hehe...

Zaman kegemilangan...IRC

Entah kenapa aku tetiba teringat zaman2 aku sblom kawin ni... aku teringat rakan2 aku yg dulu boleh dikatakan ramai jugak la kawan chatting nih. Aku tau korang semua pun penah chatting dan bermacam2 kenangan bile korang baru mule dunia chatting.

Aku teringat suatu ketika dulu amat popular jugakla aku tak tau nak panggil apa tp dlm dunia internet ni.. menda ni digelar IRC... hehe.. aku rasa mmg korang semua kenal dgn menda alah ni. Dulu, aku kenal benda ni masa aku baru belaja dulu. Aku baru nak tau gune internet. Aku selalu nampak kedai2 yg dibuka utk kegunaan internet di gelar Cyber Cafe. Tak silap aku, dulu harge bole tahan gak mahal. Sejam RM3. Agaknye la aku pun da lupe. Pada waktu itu, harge mcm tu da standard sgt.

Jadi, kenangan pertama aku jejak ke cyber cafe ialah di Komplek PKNS, ada satu cyber cafe kat tingkat 1. Kedai die mmg kecik.. ada la dlm 5 or 6 pc la camtu. So, aku cube la nk log in IRC ni. Tapi malangnye, aku tak tau nak gune.. Aku da connect ke server Dalnet. (haha time popular server dalnet ni..!) aku carik channel aku nk masuk tu tak jumpe2 aku tak tau apa nama channel nye. Puas gak la aku godek2 menda alah ni nak dekat stgh jam then aku dpt rasa aku membazir aku dgn menggeledah IRC ni saja nk dekat sejam. So, aku cancel... aku terus la gi surf site mana2 yg besh... save gambar mcm2 hahaha!.. skema tul aku time tu.

Percubaan kedua aku, kali ni aku pergi ke cyber cafe berdekatan ngan kolej aku kat cosmopoint klang. Dekat situ pun harge sejam rm3 gak. So, tanpa segan silu aku tanye brader yg jage CC tu mcm mana nk gune menda alah ni. Dengan muke tebal aku ni.. abg tu pun ajar la camne nk log in, nk carik channel. die ckp channel paling popular ialah #kampung and #mamak die kata kat situ semua byk org malaysia chatting... aku dgr channel tu, geli hati pun ada..mcm2 nama ada. So, bile aku da masuk channel tu.. belambak gile.. hampir 2000 user.. perghhh ramai gile.. nk tgk nick kat sbelah kanan tu naik juling mata aku dgn nickname yg pelik2 aku tgk. Masa tu aku gune nickname apa ntah masa mule2 gune tu. Serius aku tak ingat!.. yg menggelikan hati aku bile tgk nickname dorang ni..nama semua nk simbol2 sex.. cam harem! abg_batang la.. abg_stim la... big^boops la..Awek_gersang la... bodo2 punye nama.. mmg otak semua nak lucah2 je.

So, yg bestnye bile aku da masuk channel tu, tak sampai beberapa saat je, dah ada org msg aku. Aku pun terkejut gak, yg kelakarnye aku tak tau camne nk taip menda alah ni.. aku tgk ada highlight warna merah..hehe bile aku click je.. baru aku tau org tu tgh msg aku. Then aku tak ingat nick pertama org yg msg aku tu. Cewah! ayat pertama nk kenal ni.. "Hi, a/s/l pls?" A/S/L?? apa kebenda plak ni??! serius masa tu aku tak tau apa menatang ASL.. aku mmg tak reti short form ni, Aku jawab balik "Hi, a/s/l tu apa??" hahaha!.. mmg bengap tul aku ni.. then org tu ckp kat aku.."u ni mesti baru gune IRC eh?" So, dgn selamba aku ngaku aku baru nak gune..baru nak belajo. hehe..

A/S/L = Age, Sex, Location... <--- baru aku tau itu maksudnye. haha.. aku ingat asl tu maksudnye = ASAL... Aku chat ngan laki ni bole kata ok gak la.. jenis yg nk berkawan bukan jenis chat sex punye. Start itu la aku da mula addict chatting dalam IRC.. masa tu la aku kenal ngan satu kawan ni die suh aku masuk mcm2 channel..then die ckp byk channel pasal music kalu aku betul2 minat nak kenal ngan dak2 dlm tu. So, aku cube la search channel yg ada related ngan music. Sebelom tu aku masukla #kl #selangor #rock #alternative mcm2 la aku masuk.. then aku tak tau la camne aku bole masuk #malcene #jbhc #hardcore #nosc #grindcore...masa tu la aku da mule kenal kawan2 yang into scene. Masa tu aku gune nick kelaka2 la aku takleh lupe... masa tu aku buh nick aku Riena_Limpbizkit (time tu aku minat gile ngan band ni)...then Riena_Limp (sama gak...tak tau la nape)... lama gak aku gune nick ni.. sampai la masa tu aku da kena transfer study kat Cosmopoint, KL. Aku pegi Cc area kat jln raja laut. Situ cc paling ramai.. dan kekadang kalu aku ada class ptg aku dtg cc pagi2 lagi aku da online... Serius! aku addict ngan menda ni. Sekali aku kenal satu budak ni.. tp aku da lupe channel mana aku jumpe.. rasanye #Malscene.. die gune nick FxG (kalu tak silap aku la...) Aku borak2 ngan die..then dr die la aku tau apa itu GIG.. hehe.. well, die tak byk story sgt cume die bgtau nama die eddy dan die ada band itu je. Then kalu nk di ingatkan ramai kawan2 aku kenal.. lama2 aku sudah tukar nick aku jadi xRiena_Mitsuix..aku tukar nick ni sbb aku suke watak dlm kartun anime jepun SLAMDUNK...AKibat aku minat gile ngan watak tu.. aku terus buh nama tu. hehe...dan last nick aku gune nama ni sblom aku tamatkan riwayat aku gune IRC aku tukar nick aku kepada xRiena_Minutex.. aku buh nick tu sempena band aku. So senang kawan2 aku realize aku dr nick ni. Aku quit main irc ni sejak aku gune YM.. then kat opis aku gune MAC so susah nk upload irc.. aku terpaksa la gune YM... but the things is.. now i'm addict with ym plak.. aiyooo... Kalu nk diikutkan cite menda ni mmg panjang.. so, sblom aku nak ending cite ni utk flashback balik rakan2 aku yg aku penah chat sblom ni.. aku akan listkan.. so pada member2 aku yg takder dlm list ni.. aku mintak maaf byk2 sometime umur makin meningkat tua ni la buatkan aku semakin nyanyok! *sigh*
- FxG (Eddy Forum)

- Tiang_lampu (AhChong)
- Citronella (juhana)
- Kid_fxg (Kid Mass)
- Jetson (Bujal)
- xEdgex (Huzaiba)
- Fakapunch (Fahmi FxG)
- Hana_Fingaz (Hana)
- Corrupted_Gurl (Nora)
- Ladies_Finger (Noi)
- Mantol (Adek Minute)
- Pregnant_Joe (Joe)
- Emosick (Din)
- Ein_Second (ein combat)
- Xs_Denied (Faris)
- Emolady (Linda)
- JohnJohnnyJonathan (jeng sori aku tak ingat nick ko!)
- Mesmerize_Gurl (Nisa)- Ragegurl (Roy)
- No Regret (Tiong aka My Hubby)
- Jan Uphold (Jan, aku tak ingat nick ko..sori!)
- monochrome (Fuad)
- Fhieda Xavier..(haha..fhieda aku da lupe nick ko.. tp aku tau nama ko je.. jgn mare!)

*actually ramai siut.. aku tak ingat.. gile lama tak ingat nick2 kawan aku.. hehe... nk listkan pun da tak larat da.. tak tau la dorang ingat lagi kat aku ni ke tak.. hehe... kecuali nick No Regret ni la.. die tiap2 hari tgk aku.. hehe...

Monday, April 13, 2009

i'm addict with choc Cadbury.. yummy!

Tak tau la kenapa aku jadik mcm addict nk makan coklat cadbury. Terasa mcm nak choc yg saiz besar tu. Aduh sedapnye. Lagi2 kalu yg perisa ada roast almond.. alamak very the lazat la...

Nak beli, duit tgh takde.. nk tgu dpt gaji... cam harem lambat nk bagi.. nasib arini bg duit kalu tak mmg aku bakar gak counter HP ni.. haha

melalut da aku ni... Cadbury.. i want uuuuu... yummy!


YEAH!! I'm ADDICT WITH DAT! dont care!

4 bulan.. Harit Mikhail...

Haiihh... seronoknye bile aku tgk anak aku makin membesar.. rasa sekejap sungguh sejak aku bekerja ni. Macam tak caya je tgk perkembangan die. Sometime aku rasa mcm ralat juga bile aku dgr mak aku cite perkembangan die.. byk juga aku miss.. tp bile aku pikir balik... ini mungkin satu dugaan utk aku bile aku mula bekerja.

Yep, kalu ikutkan hari2 aku nk tgk die, temankan die, bermain sama2 ngan die, tgk gelak ketawa die.. tp apa daya aku ini la namanye ibu bekerja yg hanya mampu melayan die waktu aku tidak bekerja.

Skang da 14 april 2009... harith sudahpun berumur 4 bulan. byk perubahan die berlaku sejak dua menjak ni... dan masih aku teringat saat2 die mula membesar dr sebulan yang hanya mampu menangis ketika lapar.. pandai senyum ketika die bangun dr tidur ada kalanye time tido juga die senyum.. mmg comel sungguh... bile sudah 2 bulan.. die da pandai mengenal objek2 persekitaran die.. cume die tak pandai lagi tgk warna... die hanya suke melihat benda2 bergerak especially kipas sedang berpusing di siling. Pelik juga aku, kenapa die sungguh berminat dengan kipas yg berpusing laju... ada kalanye die tgk benda2 bergerak seperti kertas die tiup angin hanya mampu tersenyum je... tp tak pandai nk ketawa terbahak. nak dgr suara die pun aku x dgr lagi. Hanya tgk die senyum je... tp itupun sudah cukup buat aku gembira bile melihat setiap perkembangan die. Bila die sudah masuk 3 bulan, die sudah mula mengenal warna. Setiap warna terang2 yg berada depan die.. dia akan membeliakkan mata die seperti die ingin meneliti warna tu dengan penuh asyik. Die suka akan warna yg terang2 seperti hijau, biru, oren, merah, semua warna laaa.. Dan paling aku suke.. die sudah mule rajin mengangkat kakinya, membunyikan suara nye... dan paling aku suke tgk.. die sudah mule ingin belajar memegang benda. Setiap apa brg yg aku hulur pasti die ingin pegang.. dan paling tak syoknye segala benda die pegang akan masuk ke mulut.. haih,.. jenuh aku menghalang die dr masuk mulut.

Segala perbuatan yang die lakukan ada kalanya membuatkan kami rasa gembira teramat2. Suke tgk die aktif seperti bayi2 yg lain. Itulah tandanya anak kami sihat sejahtera tanpa ada gangguan penyakit yg akan menyerang die. Buat masa ni, alhamdulillah demam, batuk2, selsema yg teruk belom pernah die alami.. cume sedikit je la selsema akibat berjangkit dgn aku ketika aku dilanda selsema. Haihh.. kesian juga pd baby bile die tgh sihat... ada plak penyakit yg dtg mengganggu.

Skang harith sudahpun berusia 4 bulan. Dia semakin kuat minum susu. Kalu die lapar sgt... mengamuk tu tak ingat dunia, tak keruan kami di buatnye. Tapi kalu da kenyang, mmg seronok bermain dgn die. Setiap kali selepas menyusu, bile aku tanyekan die da kenyang ke.. mesti die akan melemparkan senyuman yg comel. Dan setiap hari aku akan lihat aksinye selepas menyusu. Bile kami memanggil nama die..die sudah mula pandai melihat kami dan cuba memahami apa yang kami cube memanggil die. Dan saat2 paling seronok melihat die waktu ini ialah.. die sudah pandai bergolek.. tp yang peliknye die hanya pandai bergolek jikalau aku meniarapkan die...means, dr belakang pusing ke hadapan. Tp die tak pandai nk bergolek dr depan hingga belakang. Puas juga aku ajarnye, tapi masih belom pandai. Mungkin blom tiba masanya lagi. Tapi aku akan bg sokongan dan ajaran pada dia agar jgn putus asa. Aku tau die tentu bole buat.. hehe.. Harith Chaiyok!...

Tak sabar nk tgk die membesar lagi.. lebih2 lagi bile die mula blaja utk menyebut atau mengeluarkan kata2 walaupun kami tak paham apa ayat yg die gune.. hehehe