Monday, April 20, 2009

Seorang Isteri dan Ibu...

Sedar tak sedar sudah setahun 2 bulan aku sudah menjadi isteri pada Mohd Faizal Sarif. Aku masih rasakan yang aku masih baru menjadi isteri orang. Tapi, kali ini...aku benar2 merasakan aku dibahagikan kepada 2 tugas yang pada asalnya hanya satu tugas sahaja. Tapi setelah wujudnya orang baru dalam keluarga kami..ia sudah menjadi double tugas..hehe.. Dan inilah keistimewaan menjadi isteri dan ibu pada seorang anak. Tugas untuk melayan kerenah suami dan tugas melayan kerenah anak. Kedua2nya, cukup membuat aku rasa bahagia. Walaupun adakalanya ia amat mendugakan aku..tapi aku rasa tak perlu untuk aku mengeluh semua ini...Kerana inilah tugas aku yang sebenarnya.

Adakalanya aku berasa sungguh terharu, kerana tuhan menganugerahkan cahaya mata untuk kami. Kerana anak aku telah mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga. Bukan maksud aku sblom ni tak close.. mmg terlalu close sblom ada anak ni.. tp hubungan kami berdua menjadi terlalu rapat kerana adanye dia. Dan aku sebagai ibu, amat rasa selesa skali bila dia sudah kenal rupa aku dan setiap kali aku memanggil namanye...dia sudah tahu yang ibunya sedang memanggil dia. Dan terus terang aku katakan, ini lah saat paling bahagia sekali setelah aku berkahwin dari seblom aku berkahwin. Sebab apa aku kata bahagia, kerana aku menjadi seorang isteri dan ibu dalam pada yang sama. Dan semua tugas itu bole dilaksanakan dengan rela hati tanpa rungutan atau kekesalan dalam diri. Inilah yang aku mahu dalam hidup aku. Seorang suami disisi n hati aku dan seorang anak dalam nyawa aku. Tanpa mereka, tak complete la life aku.

p/s : cewah.. tetiba lak aku terasa emosi.. hahaha.. tp mmg benar apa yg aku rasakan skang ni.. jadi buat kengkawan aku yg baru plan nak kawin or da kawin.. suatu hari korang akan rasa apa yg aku rasa skang ni... aku rasa, huzaiba akan rasa sejak bergelar suami dan ayah.. betul tak huzaiba? hehehe...

3 comments:

  1. u cari gado ke ape ni yang?ape lak kite bru kwin 4 bulan..harith yg 4 bulan..mu jgn main2..kawe shut kamu nnti...

    ReplyDelete
  2. aku nk rase gak 10tahun lg!!!
    rinduuu harith!

    ReplyDelete
  3. ermmm..kejap je kan..pejam celik..pejam celik..dah membesar anak ko..sronok kann jd ibu...baru lah kita tau cemana perasaan mak kita jaga kita dr kecik..layan karenah kita..now,its ur turn to feel,right?

    apapon,tahniah utk ko yg dah bergelar seorg ibu.. :)

    ReplyDelete