Monday, April 20, 2009

Remember our time... our lagenda..

Pagi ni sedang aku sarapan kat Tesco Canteen.. Aku duduk di tepi cermin tingkap...leka juga aku menjamah nasi lemak makcik yg dulunya aku pernah menjadi regular customer. Mungkin agak terlalu byk kali makan menu yg sama.. aku beralih arah pada makanan yg lain... biasa la dah tiap2 ari makan menu yg sama.. lama2 bosan gak. Oh ya.. back balik cerita tadi, so..aku leka tgk keadaan diluar tesco.. aku ternampak satu building... yang agak nak kata lama.. bole dikatakan lama gak la beberapa tahun bangunan tu di bina. Tiba2 aku ternampak satu signboard kedai yang dulunya agak cantik papan tanda tu..(almaklum la.. baru bukak dulu mesti la cantik) tapi sekarang agak luntur juga tulisannya dan warnanya juga sudah pudar...

Aku amati lama juga pada papan tanda tu... ia tertulis Studio Muzik bwh dia tulis Irama Muzik.. pelik juga title tu.. dah la tulis Studio Muzik.. then bwh die tulis Irama Muzik.. hurmm brapa byk nak tulis 'MUZIK' tu?... dah takde idea la kot nk buh nama kedai tu. Sedang asyik melihat papan tanda tu.. Tibe2 dalam fikiran aku, mengimbas semula saat2 kegemilangan aku, ereen, adek, adik puchong, ujeng, awie, Boogie, & pali. Pada waktu itu, aku mmg blank ttg studio jamming ni,... walaupun pada waktu itu aku aktif ke gig melihat kugiran yang beraksi di gig pada waktu itu. Bole dikatakan, zaman2 genre old-school, fast old-school & Thrash agak popular ketika itu.

Pada ketika itu, kami (aku, ereen, adek, boogie & adik puchong) selalu lepak bersama... setiap petang ada saje aktiviti kami. Lepak minum, petang adek & ereen pegi skate park. Pada waktu itu adek & ereen rajin main skateboarding. Aku cume tukang tengok je la.. hehe sbb aku tak reti main menda alah ni.. kalu setakat inline skate tu.. no problem! mmg aku terer la. So, setiap kali adek n ereen bermain skate..kiteorg akan pasang lagu2 yang selalu menjadi peneman kami.. antara lagu2 yg selalu kiteorg dgr.. Ramones, Second Combat, Fast Game, Youth Of Today, Bane, Travis, Manliftingbanners, Highscore, Radiohead, Muse, Carburator Dung, Linkin Park (1st album la yg besh sekali) etc la. tak ingat terlalu byk kiteorg dgr. So, bile da terlalu byk dgr lagu2 kugiran2 dr scene international dan juga malaysia.

Timbul la idea dr adek yang mengajak jamm utk suke2. Pada waktu itu, aku mmg blank tak reti nak main instrument sgt. Setakat petik gitar kapok tu pun blom pass lagi. Baru belajar dr cousin aku tak katam lagik. hehe... jadik, aku cube utk blaja bermain drum..sbb aku minat main drum.. Aku dari dulu mmg teringin nak pergi studio jammin.. cume sygnye tak cukup kaki nak jamm bersama. Even aku ni buta chord gitar tp aku bole cepat blaja chord2 gitar. So, dari situla kami bermulanye utk jammin suke2. Tempat yg menjadi tumpuan utk kami jammin di Studio Muzik Irama muzik tu la...dan telah menjadi regular customer di tempat itu. Studio die agak kecik tp bg kami tak kisah besar mana pun as long kiteorg bole jammin. Dan aku tak ingat da brapa harge bg sejam. Mmg lama gak la dr tahun 2001 tak silap aku, kiteorg terjebak menda2 ni.

So, position ttp kami pada ketika itu aku sbg drum, adek sbg gitaris, ereen & adek puchong sbg vokalis & boogie sbg bassist. Jadi, antara lagu2 cover yg kiteorg bwk pun tak byk, kiteorg byk bawak lagu kiteorg sendiri. Yang paling excitednye ialah bile lagu pertama kiteorg menjadik dan kiteorg siap record gune radio tape recorder. Lagu yang pertama kiteorg berjaya siapkan ialah 'We Dont Want to Divide'. Masa tu adek yg cipta lagu tu dan adek n ereen yang buat lirik utk lagu itu. Akhirnya lagu itu menjadi dan bole dikatakan setiap kali jammin lagu itu yg akan kami praktikkan. Dan paling membuatkan kami terlalu excited membuat lagu.. akhirnya lagu kedua kiteorg pun berjaya di siapkan..lagu kedua kami ialah "Young of Spirit".

So, akibat kami teruja dengan 2 lagu kami.. adek membuat keputusan untuk membuat band dan menjadikan band ini band serius. Adek memberi idea utk membuat band sebagai band genre oldschool...dan menyuruh aku pikirkan nama band yg sesuai buat band kami. Aku n ereen memikirkan nama paling sesuai..dan aku yg memberikan idea kepada adek yg aku ingin letak nama band ni Last Minute. Sbb kenapa aku buh nama band tu... setiap karakter dalam lineup kiteorg ni selalu buat keje lastminute...nk jammin pun lastminute planning, buat assignment pun lastminute siapkan, buat keje pun sama... so, lastminute ni pun takde meaning apa2 utk scene cume apa yg perlu ialah jgn suke buat keje di saat2 akhir.. akibatnya nnt mmg byk masalah akan timbul.. haha..

Selepas itu, sedang kami rajin jammin.. salah seorang vokalis kami iaitu adik puchong telah menarik diri utk tidak menjadi vokalis lagi. Dan kami akur dengan permintaan die kerana die sendiri ingin keluar dr band atas sbb2 tertentu. Memang tak lama pun die dalam lineup kiteorg. Die agak sukar utk memberi komitmen pada band kami..lalu die menarik diri. Tinggal lah ereen yg menjadi vokal utk band kiteorg. Dan kami berempat sahaje yang tinggal. Dan dalam beberapa bulan, ada berlaku salah faham diantara kami..dan kami semua memutuskan utk bubarkan band ini dan tidak jammin lagi bersama. Masing2 membawa haluan sendiri.

Agaknye mmg da jodoh kami untuk bersama kembali, kami telah bersatu semula dengan lineup yang dan position telah bertukar. Cume ereen & adek sahaje tetap dengan position die. Aku telah bertukar ke bassist dan ada seorang lineup baru telah menggantikan tmpt aku sbg drum sblom ini. Nama die awie. Die bagus main drum dari aku dan aku amat berpuas hati cara die bermain. Cume dia bukanla seorang dr scene mcm kami. Die cume insan biasa yang suke dunia muzik seperti kami cuma die tak brapa tahu genre2 lagu seperti oldschool, fast oldschool, thrash dan etc. Tapi kami tetap membantu die untuk die mendalami lagu2 yg kami berikan pada dia. Dan pali telah menjadi guide pada die cara dan bagaimana utk membawa muzik ini. Jadi, LastMinute kembali bernafas semula...cume kami masih berempat lagi dan adek ingin mencarik lagi 2nd guitar. Jadik, kebetulan aku kenal ujeng dr internet..aku telah perkenalkan ujeng pada adek.. dan akhirnya adek berpuas ati dengan cara ujeng memberi komitmen pada band..dan ujeng telah join dlm LastMinute. Dan akhirnya kami berlima.

Dalam beberapa bulan, kami sudah membuat byk juga lagu, diantaranya...We dont want to divide, Young Of Spirit, Sex For Fun?, Satisfied, Nazi Fuck Off. Dan kami membuat keputusan utk merekod lagu2 ni dlm bentuk cdr utk kami berikan pada kid kerana die sgt teruja dengan band kami dan die juga ingin menyuruh kami bermain di gig riang ria diy akan dtg. Pada waktu itu ramai yang tidak tahu kemunculan kami.. hanya kid dan rakan2 yg lain saja yg tau ttg band ini. Tapi, setelah kami berjaya record lagu2 kami... awie telah menarikkan dirinya dr band ini... dan pali telah menggantikan tempat awie.. kerana kami tiada kawan or org yang pandai bermain drum dan memberi komitmen 100% pada band ini. So, pali cume menggantikan tmpt awie hingga adek sgt berpuas ati pada pali dan ingin mengajak pali utk bermain band ini,...dan pali bersetuju. Akhirnya...kami berlima dan inilah lineup tetap kami (Aku, Ereen, Adek, Ujeng & Pali).

Kami di ajak utk bermain gig.. pertama kali buat band ini, akhirnya kami di invite utk bermain gig di King Studio, Pj. Kami di gantikan dengan salah satu band yg sepatutnya akan bermain pada gig itu tapi band itu tidak bermain dan kami di jemput utk menggantikan band itu. Saat itulah...dengan darah gemuruh kiteorg tuhan je yg tahu.. masing2 tidak tentu hala dibuatnye.. haha.. maklumla takde experience..kecuali adek n pali. Ujeng juga seperti malu2 kucing sanggup duduk tepi Amp seolah2 die tidak wujud di situ.. agak lucu juga bile aku teringat kisah itu. Berdekah2 jugak kami ketawa waktu itu bile lepas kami membuat persembahan... dan waktu itulah, ramai org tau wujudnya band kami.. dan selepas itu kami di invite lagi utk bermain gig di lain tempat. Kid mengajak kami bermain di gig riang ria diy, di blue planet. Dan itu la kenangan manis buat kami iaitu gig kedua kami yang akhirnya kami membiasakan diri kami di atas pentas.

Dan seterusnya.. gig sana sini... kami di invite lagi sehingga brapa kali dah tak ingat da.. terlalu byk!.. kami membuat lagu baru lagi sehingga la.. kami di invite bermain di ipoh, perak... di klang, johor, kl, dan saat kenangan manis takkan kami lupekan di singapore bersama domestik doktrin... Itulah kenangan manis buat kami.

Akhirnya, saat2 kegembiraan kami semua... akhirnya ujeng ingin menarik diri setelah die ingin berumahtangga..dan kami akur dengan keputusan die..walaupun kami tak rela dengan keputusan die. Tapi kami cube faham situasi die. Tinggalla kami berempat semula... dan tiada tempat ganti buat ujeng. Setiap kali, kami membuat persembahan... kami cume gunakan sessionist saje utk beraksi.. walaupun kami nampak rasa janggal sgt2.. tapi kami terpaksa. Sehinggalah pada 2006.. kami ingin membuat keputusan utk 'break utk sementara waktu'.. pada ketika itu kami membuat keputusan last minute kami utk 'break' atas masing2 ingin berumahtangga. Dan kami mengumumkan pada rakan2 semua di sebuah gig yang dianjurkan oleh united front, dan memberitahu atas keputusan mendadak kami yang membuatkan ramai terkejut dengan keputusan tersebut. Walaupun di saat ereen membuat pengumuman itu di depan rakan2 kami... mmg kesian juga tgk si ereen meleleh air mata sehingga die tidak berdaya nk berkata apa lagi... dan rakan2 kami ttp memberi sokongan walaupun kami terpaksa 'break for a while'.

So, bile aku story balik cite ni then aku imbas semula saat kenangan manis ni.. adakalanya aku rindu akan saat2 itu. Aku rindu nak jammin semula... aku rindu saat2 kiteorg ketawa berdekah2 siap terguling2 dlm studio jammn tu.. dlm bilik recording masa nak record utk part sing along beramai2 dlm bilik rec tu pun ketawa sampai nk meleleh air mata.... saat kiteorg semua pergi jelajah luar dr kl..pegi perform gig. Semuanya mmg takleh aku lupakan.. haih.. bile la agaknye kiteorg nak reunion balik semula? dpt skali jamm dlm studio pun jadikla.. ni la akibatnye bile lineup masing2 da berkeluarga ada anak ni.. semuanye terbengkalai tak jamm lagi da.. ntah2 adek (man) ingat lagi ke tak lagu2 die buat semua tu... Haiiihhh!!! T_T

1 comment:

  1. haha takpe kak.dh kawen pn rock lg.nanti bwk anak pegi gig pastu kasik pakai baju band :P

    ReplyDelete