Aku nk wish to my lovely mom yang selama ni mengandungkan aku selama 9 Bulan hingga aku lahir ke dunia dengan belaian Mak dan susu mak berikan dr aku bayi hingga la aku tidak mahu lagi susu badan. Atas bimbingan dan tunjuk ajar Mak.. membuatkan aku masih pegang dengan ajarannya hingga sekarang. Tak terbalas segala pengorbanan Mak berikan pada aku, aku hargainya tak terhingga. Malah aku brasa terhutang budi atas pemberiannya dengan penuh kasih sayang. Mungkin suatu ketika dulu aku pernah kecewakan dia ketika aku remaja. "Sori mak, mungkin waktu itu Ina terlalu ikutkan hati hingga Ina tak dengar nasihat Mak dan membuatkan Mak rasa kecewa hingga menitiskan air mata.." "I'm So sorry mom!"
Tapi kini, bila aku makin dewasa, aku mula kenal erti pengorbanan seorang Ibu. Dan pada ketika itulah timbul lah rasa kekesalan akibat tidak mendengar nasibat Mak suatu ketika dulu. Lalu aku teruskan juga perjuangan hidup aku kerana aku dewasa lah, aku harus pelajari semua erti BERDIKARI... hinggalah aku berumahtangga, dan waktu itulah tanggungjawab Mak sudah tiada... kerana kini aku sudah bergelar isteri dan segala tanggungan atas suami ku sendiri.
So, apa yang membuatkan aku happy ialah.. kini aku sudah mempunyai 2 Mak dlm hidup aku...
To,
Puan Azizah Zakaria yakni Mak aku yang baik hati lagi memahami... Selamat Hari Ibu! dan
Puan Sharifah yakni Mak Mertua aku yang baik hati lagi sporting... Selamat Hari Ibu juga!...
Puan Azizah Zakaria yakni Mak aku yang baik hati lagi memahami... Selamat Hari Ibu! dan
Puan Sharifah yakni Mak Mertua aku yang baik hati lagi sporting... Selamat Hari Ibu juga!...
Semoga, apa jua jasa Mak berikan selama ni.. tak terbalas buat kami... Kami hanya mampu membalas jasa apa yang termampu kerana Kami tau, Mak, kau sungguh istimewa buat kami!... dan kami sayang mak!... ;-)
No comments:
Post a Comment