Hampir setahun juga Auntie Nora pergi... (Julai 2007)
Aunt Nora pergi sblom arwah atuk pergi. Tapi saat pemergian Auntie Nora.. mengejutkan kami semua. Auntie Nora pergi tanpa sempat utk melafazkan selamat tinggal buat kami semua. Itulah saat perit aku lalui. Pemergian dia membuatkan aku tidak percaya yang dia akan pergi dulu sblom arwah atuk.
Tapi mungkin dia pergi dengan tenang kerana sempat menjenguk arwah atuk ketika sakit tenat. Mungkin saat itu dia brasa ingin jumpe semua org sblom dia pergi, tp sygnya dia tak sempat utk bertemu dengan aku. Aku rasa ralat juga bila aku dpt tahu dia jenguk arwah atuk di hospital ketika aku sedang kerja pada mlm itu. Jikalau aku tiada kerja, sudah tentu itulah kali terakhir aku bertemu dengan dia. Perangai dia yg aneh membuatkan mak n adik aku berasa pelik. Dia sempat juga meminta maaf pada mak aku dan dia sempat juga memeluk adik aku sambil mengatakan dia syg adik aku. Kelakuan dia membuatkan semua org tidak perasan akan perangainya yg pelik. Rupanya dengan perangainya yg pelik itulah selang beberapa hari akhirnya dia pergi buat selama-lamanya. Dan pemergiannya itu mengejutkan kami sekeluarga, seolah2 tidak percaya dengan berita itu. Aku mendengar berita itu pada pagi subuh, diberitahu oleh mak aku sendiri mengata Auntie Nora da meninggal. Aku terpinga2 sebentar mendengar berita itu. Aku bole termenung sebentar adakah benar apa yg mak aku katakan ini.
Tapi ini lah dikatakan sudah suratan takdir. Tuhan lebih sayangkan dia dari kami. Dan kami semua redha dengan pemergian dia. Tiba2 aku teringat suatu ketika dulu die pernah call hp aku menyuruh aku kawin cepat sblom die mati. Aku ketika itu pun belom kenal suami aku dan waktu itu aku masih single.... die menyuruh aku kawin cepat, sbb dia nk tengok anak2 buah dia naik pelamin. Tapi ketika itu aku katakan pada dia, "mana leh kawin suka2 ati. Nak kawin kena kenal hati budi pakwe tu....suke2 ati je auntie nora suh org kawin..." Aku mendengar dia kata itu aku mengganggap ia adalah gurauan semata2.. tp rupanya mmg betul apa yg dia kata. Dia tidak sempat melihat aku naik pelamin.. tp syukur dia sempat tgk aku bertunang ketika itu. Dan dia sempat melihat tunang aku.
Dia pergi tanpa ucapan selamat tinggal, dan pemergian dia membuatkan kami semua terpinga2 seolah tak percaya yg dia akan pergi juga. Tapi apakan daya, itulah kehendak illahi... dan mungkin dah tiba masanya auntie nora akan pergi buat selama-lamanya. Dan mungkin kami akan merindui suaranya dan perangainya yang hyper super laser... and very open minded person. Kepala dia yg gile2, kami semua akan merindui semua itu... harap auntie nora berbahagia di samping tuhan... dan kami doakan auntie nora di tempatkan org-org yang beriman.... Amin....
Al-fatihah buat Elnora Mohd Nor... (July 2007)
No comments:
Post a Comment