Monday, August 11, 2008

Setahun sudah berlalu...

Pada 2hb Ogos... adalah tarikh di mana genap setahun arwah atuk sudah pergi. Dalam sedar tak sedar, masa begitu pantas berlalu.

Aku hampir tidak sedar pemergian arwah atuk hampir genap setahun. Bila mak aku memberitahu nenek nk buat kenduri tahlil utk arwah, baru aku perasan. Masyallah! aku hampir lupe!. Jikalau nenek aku tahu cucunya hampir lupe pemergian dia hampir setahun, mesti dia sedih. Tapi, aku rasa, aku bukan lupa akan pemergian, malah kenangan waktu itu aku rasa bukan aku seorang aje yg tidak lupa, tetapi nenek aku adalah org paling sukar utk melupakan arwah atuk aku. Aku tak tau kenapa... kenangan itu mengimbau kembali seolah2 ia tidak mampu untuk lenyap. Kenangan itu sentiasa bermain dalam pemikiran aku, tatkala aku termenung sendirian. Adakalanya ia muncul ketika aku sedang memandu, baring seorang dlm bilik dan adakalanya dalam bilik mandi pun ia muncul juga.

Mungkin itu la kenangan yg membuatkan aku tidak akan lupa hingga sekarang. Adakala aku terpikir sendirian, "atuk tak dpt tgk cicit atuk yg akan bakal lahir ujung tahun ni, bukan sahaja cicit yg atuk tak dpt tgk, ketika ina di pelamin pun atuk sudah tiada...". Mungkin itulah hasrat dia utk melihat cucunya kawin, tp sayang hanya dpt tgk cucunya seorang je kawin... cucu2nya yg lain dia tak sempat utk melihat. Haiiihhh.. hiba sungguh perasaan aku. Tapi aku gembira, walaupun arwah atuk tak dapat melihat, tetapi alhamdulillah...nenek aku masih kuat dan mampu utk melihat aku bersanding pada februari lepas dan sempat merenjis aku ketika itu. Alangkah gembira melihat nenek tersenyum ketika dia merenjis.

Tetapi, adakalanya aku masih bergelinang air mata bila terkenangkan akan kisah silam yg lepas menggamit sanubari aku, seolah2 ia baru sahaja berlaku. Tetapi aku redha pemergiannya dari dia menanggung kesakitan ketika hayatnya ada. Dan untuk menenangkan perasaan aku, aku tidak putus2 berdoa utk arwah atuk... bukan dia sahaja pada arwah2 atuk wan blah bapak aku jua aku sedekahkan al-fatihah. Walaupun aku tidak pernah jumpe atuk blah bapak aku, tp aku masih doakan agar rohnya di tempatkan org2 yg beriman.

Aku rasa biarla ia menjadi suatu kenangan pahit/manis dalam hidup aku. Ia mungkin menjadi suatu kenangan manis utk aku yg takkan pernah luput hingga akhir hayat aku. Mungkin ini adalah kenangan paling abadi dalam hidup aku. Hanya tuhan sahaja tahu betapa kami semua merindui dia sejak pemergian dia.

Buat Arwah Atuk & Wan - Othman & Safiah
Al-fatihah buat beliau berdua... semoga roh mereka di tempatkan org-org yang beriman. Amin

Buat Arwah Atuk - Zakaria Musa
Al-fatihah buat atuk... semoga roh atuk di tempatkan org-org yang beriman juga. Amin...

2 comments:

  1. riena,

    jgn la sedey2 skang ni...nanti baby pon kuncuuup je sbb mommy die sedey :)

    mcm org kate (tak sure ade kate dlm al-quran ke tak, tapi rasenye ade, hik!), tuhan ambil satu, akan digantikan dgn yg lain... :)

    ReplyDelete
  2. Bukan sedey, tp sometime mcm benda yg happen depan mata tu...susah nk lupe. Lagi2 tgk live die hembuskan nafas terakhir... tgk die pergi mcmmana... kenangan tu mcm takleh padam sampai skang. Tp aku redha pemergian dia, cume kite rasa mcm kehilangan dia tu terasa sgt lg2 berlaku depan mata.. but no worries la.. i'm still ok.. ;)

    ReplyDelete