Monday, April 18, 2011

Migrain oh Migrain...

Pagi tadi aku kena Migrain dgn teruk skali. Serius, dlm seumur hidup tak penah rasa sakit kepala yang terlampau yg amat2 sgt.. Dah la dia serang kol 5am, berdenyut kepala aku di watnye. Aku makan la ubat panadol aktive fast pun tak jalan gak. Lepas makan ubat try nak baring lagi makin kuat kepala aku sakit.. terasa macam nak muntah..tapi tak jadik plak. Aku letak la minyak angin sapu2la kat kepala. Still sakit lagi. Shits.. bile nak tido nih?? Aku try paksakan diri aku utk tido, akhirnya dpt gak aku tido, tapi ia sakit lagi... aku terjaga kali ini mmg melampau2 sakitnya.. aku duk depan kipas angin sbb badan aku berpeluh2 mcm org bersenam even aku ada pasang aircond ok!. 

Aku ckp, ini takleh jadi ni, aku bangun amik air masak buh dlm bekas air.. aku minum sepanjang tak tido tu. Aku tgk jam dah kol 5.45am dah.. shits, ingat tido lama tadi.. rupanya sekejap. Aku try baring2 dan aku tertido juga, kali ini aku tersentap sbb terdgr jam loceng berbunyi dgn kuat pukul 6.45am?? arrghh sapa plak set jam awal ni? Skali dia tangkap lagi kepala aku sakit masih continue, aku kejutkan laki aku suh tgk jam tu.. then aku try utk lelapkan mata. Dan tibe2 aku tersentap bangun kepala aku makin sakit dan terasa la nak muntah. Aku berlari ke toilet.. hamik! aku muntah dgn teruk skali. Aku muntah sampai darah2 semua kuar ok!.. aku panggil laki aku suh tgk.. dia pun terkejut. Aku dah tak bermaya nak berdiri terasa lemah tp aku cuba gagahkan diri gak utk siapkan baju2 laki aku utk gosok dan buat minuman utk dia. 

Lepas laki aku pegi keja, aku cuba sambung tido dan aku terlelap sampai la kol 10am, aku terdengar suara budak tgh kejutkan aku. Aku bangun, aku bajet ingat dah ilang la sakit. But ternyata tak hilang. Masih berdenyut. Aku takleh fikir apa dah. Aku bangun gagahkan diri utk buat susu utk anak aku. Aku cuba nak makan, tapi aku tak lalu kerana kepala aku terlalu sakit. Dan kejadian muntah2 pun turut berlanjutan. Aku ckp pada diri aku, kalu mcm ni aku kena pegi rumah mak aku, kalu aku duk umah ni semua benda aku takleh buat. Nak tido kompom anak aku tak bagi tido. Aku cuba siap2kan diri dan barang2 utk harith. Dengan harith tak mandi semua, aku mandi siram2 badan aku akibat peluh yg melampau. Akhirnya, aku berjaya kuar rumah dgn kepala aku masih berdenyut2. Nak drive pun rasa nak muntah ok!.. Aku nekadkan diri utk drive ke rumah mak aku.. nasib la dekat.. 5min je sampai.

Mak aku terkejut tgk aku sampai je terus rebahkan diri di sofa. Aku explain keadaan aku. Mak aku suh aku rest dalam bilik bawah. Dgn tak pikir apa dah, aku terus boom! tido... kejap bangun kejap tido, serius mcm org gile aku di watnye. Mak aku uruskan harith makan minum dia. Fuhhh gile, kalu aku still continue duk rumah, kelaparan anak aku agknye. Perut aku kosong gile, apa breakfast semua aku tak telan lagi. Aku layankan kepala aku tuk tido. Ternyata aku dah mcm org ilang tenaga. Mak aku kejutkan aku suh makan tgk jam dah kol 3pm.. apa! 3 dah?? wahh lama nye aku tido. Aku try makan, tp aku tak lalu. kepala aku mula kembalu menyerang. Aku jadi risau, apa kena ngan aku ni, migrain ke apa ni? Aku cuba utk lawan tidak muntah.. dan berjaya.. sbb aku baru telan nasi. risau nnt kuar balik.. rugi je isi perut. 

Laki aku skejap2 call kejap2 call tanye keadaan aku. Aku tak berdaya nak angkat fon sampai satu tahap aku rasa mcm mimpi je bunyi telefon ni. Sedar2 mak aku kejut bg fon die kata laki aku call, laki aku tanye nak gi klinik tak jap lagi? bole plak die tanye eh.. aku dah tak bermaya gile nk bangun.. kompom la nk gi klinik.. adoi!.. haha.. 
Mak aku masuk bilik try kejutkan aku.. aku tgk jam dah kol 6pm lebih rupanya. Masyallah lamanye aku tido.. tp kali ini kepala aku dah kurang sakit. tp masih dpt rasa denyutan skit2. Aku try gagahkan diri utk bangun dan minum, terasa tekak ku kering. Aku minum air masak tgk jam dah kol 7pm lebih dah.. tgk2 laki aku pun sampai umah. Terus kami gegar ke klinik. Dapat jumpe doktor, aku explain satu2 pasal sakit aku. Dan doktor bg result kata aku kena Migrain. Cek blood preasure, Normal takder blood preasure. Alhamdulillah.
Hamik.. kena makan ubat segala.. Migrain+tahan muntah+selsema+batuk... haih.. kompom satu masalah utk aku makan ubat.. hahahah aku benci ubat k!..

So, ini lah dia.. penyakit aku yg mmg takleh ilang dr dulu Sakit Kepala.. skang aku ikut jejak mcm mak aku.. penyakit Migrain!.. serius once dah sakit... apa semua benda pun ko takleh buat la... hehehe

No comments:

Post a Comment